Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.te.ra] | ڤوترا

Definisi : 1. anak raja yg laki-laki; ~ mahkota anak raja bakal pengganti ayahnya (bakal raja); 2. anak atau anak laki-laki (utk menghormati); ~ Malaysia; ~ bumi bumi­putera; berputera 1. mempunyai putera, beranak: adalah ia ~ dua orang; 2. melahirkan anak (laki-laki), bersalin: permaisuri pun ~lah seorang laki-laki; berputerakan sl mempunyai sbg putera (anak), beranakkan: adapun baginda itu ~ Sultan Mahmud; diputerakan dilahirkan (anak): baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927; keputeraan 1. darjat sbg putera raja: dia menjaga ~ raja Thai; 2. kelahiran; hari ~ hari kelahiran; ulang tahun ~ ulang tahun kelahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.te.ra] | ڤوترا

Definisi : 1 bd anak lelaki kpd raja: ~ mahkota anak raja yg akan naik takhta. 2 anak lelaki (utk menghormati): ~ Melayu. berputera 1 mempunyai anak lelaki (terutamanya raja-raja): Baginda ~ tiga orang. 2 melahirkan anak lelaki. diputerakan dilahirkan: Baginda telah ~ pd hari Khamis malam Jumaat. keputeraan hal diputerakan; kelahiran: hari ~ hari seseorang dilahirkan; hari jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putera (kata nama)
Bersinonim dengan anak raja lelaki, anak lelaki;,
Kata Terbitan : berputera, keputeraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan yang betul bagi perkatan putera puteri atau putera-puteri.putera puteriEjaan06.08.2018
Maad, saya ingin bertanya. Perkataan "Putera Bongsu" atau "putera bongsu"? Yang manakah lebih tepat untuk ditulis sekiranya ditujukan untuk anak raja? Mohon pencerahan. Terima kasih.Untuk merujuk kepada putera raja yang bongsu, ia ditulis sebagai "putera bongsu".Ejaan14.10.2020
Mohon pengesahan ejaan. bagaimana menulis perkataan 'putera puteri'. Adakah sebegini atau perlukan tanda sempang `putera-puteri'?Putera puteri.Lain-lain06.08.2018
Putera Pg Azlan Sep 30th, 1:42pm Assalammualaikum yang berbahagia Datuk, saya Wan Amir Azlan Bin Wan Haniff dari UUM, salah seorang peserta Program pembinaan Bakat Siswa... seperti yang tuan sudah sedia maklum mengenai surat semalam, saya ingin respons dengan berharap agar perkara ini dapat disiasat dengan teliti Tuan, bukan niat saya untuk mengeruhkan keadaan memandangkan program ini telah pun berakhir, saya cuma berharap agar selepas ini ia tidak berlaku lagi, dan untuk makluman tuan, saya telah bersedia 5 bulan lamanya untuk pertandingan ini dan setiap persediaan tersebut mempunyai harga yang perlu pihak kami bayar untuk jayakannya ditambah pula jarak universiti kami yang sangat jauh. kami cuma berharap pertandingan ini dapat diadili dengan lebih adil dan teliti tanpa ada miring kepada mana2 pihak. .. Saya meminta maaf jika saya tersilap kata, segala kerjasama tuan sangatlah saya hargai..Syabas atas pelibatan dan komitmen tuan dalam Program Bakat Siswa. Semua peserta layak untuk menang tetapi hanya seorang yang akan dipilih sebagai pemenang, iaitu peserta yang mempunyai markah tertinggi dalam kumplan tersebut. Perlu diingat, panel hakim yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan berintegriti. Walau bagaimanapun, untuk sebarang aduan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, di talian 03-21479222/9216/9217 atau e-mel aduan kepada Ketua Bahagian Puan Siti Aisah Murad di talian aisah@dbp.gov.my.Lain-lain30.09.2014
Saya ingin bertanya, bolehkah DBP mencadangkan kata ganti nama untuk situasi berikut? 1. Permaisuri kepada Raja. (Patik/beta?) 2. Permaisuri kepada Putera. (Bonda/beta?) 3. Putera kepada Permaisuri. (Anakanda/patik/beta?)Kata ganti yang sesuai digunakan:

1. Permaisuri kepada raja = Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi permaisuri kepada raja, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, dalam karya-karya klasik terbitan DBP, kata ganti yang digunakan ialan adinda.
2. Permaisuri kepada putera = bonda
3. Putera kepada permaisuri = anakanda
Istilah19.11.2016
Tunku Abdul Rahman merupakan anak kepada Sultan Kedah. Adakah Tunku Abdul Rahman turut digelar putera? Kalau digelar putera, adakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan untuk mengelar Tunku Abdul Rahman ialah baginda dan bukannya beliau? Semoga tuan/puan dapat membantu saya dalam kekeliruan ini kerana saya masih keliru akan kata ganti nama diri yang paling tepat dan sesuai untuk digunakan semasa menggelar Tunku Abdul Rahman.Merujuk Kamus Dewan, baginda ialah kata ganti nama untuk kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul. Berdasarkan makna tersebut, kata ganti yang tepat untuk Tunku Abdul Rahman ialah beliau.Lain-lain13.02.2017
mana ayat yang betul dari segi bahasanya. 1) Putera Bongsu raja itu dilahirkan di ... 2) Putera bongsu raja itu diputerakan di ... adakah huruf 'b' pada perkataan bongsu itu huruf kecil atau huruf besar?Sekiranya Bongsu merupakan nama putera tersebut, huruf 'b' ditulis dengan huruf besar 'Bongsu'. Walau bagaimanapun, sekiranya bongsu merujuk kepada anak yang paling muda (kedudukan anak dalam keluarga) huruf 'b' ditulis dalam huruf kecil 'bongsu'.Ejaan30.03.2011
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang kata ganti diri nama untuk tuanku, adakah tuanku hanya digunakan untuk raja? Bagaimana pula dengan putera? Contohnya, jika pembantu bercakap dengan putera, kata ganti nama diri adalah patik dan tuanku? Jika raja dan putera terlibat dalam perbualan, maka apakah kata ganti diri nama untuk membezakan kedua-duanya? Terima kasih.

Apabila Tuanku berdialog dengan anaknya, kata ganti diri untuk keluarga diraja biasanya menggunakan  sapaan anakanda  dan ayahanda.  Manakala kata ganti diri raja dan putera raja ketika berdialog dengan pembantu  ialah beta dan pembantu pula menggunakan kata ganti diri patik.

Istilah21.08.2017
Takashi Putera THU 11:47PM Asalam DBP...sy ingin bertanya di sini ada kekosongan jawatan kosong untuk grafik majalah dan buku tak?Pemakluman pengambilan pekerja DBP akan diiklankan dalam akhbar utama berbahasa Melayu dan laman web DBP. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa. Terima kasih.Lain-lain18.08.2016
"Mengapakah ______________ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Jawapan : D diberi Saya rasa B juga betul sekiranya Datuk Penghulu ingin tahu apa yang yang dititahkan oleh Putera Zaid. Sultan berkata kita guna bertitah, bagaimana pula putera, puteri, permaisuri berkata guna bertitah atau tidak.Jawapan yang paling tepat ialah baginda kerana kata ganti nama tuanku digunakan apabila berkata-kata dengan raja sahaja. Titah khusus kepada raja atau sultan sahaja.Tatabahasa25.07.2012
12345

Kembali ke atas