Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.te.ra] | ڤوترا

Definisi : 1. anak raja yg laki-laki; ~ mahkota anak raja bakal pengganti ayahnya (bakal raja); 2. anak atau anak laki-laki (utk menghormati); ~ Malaysia; ~ bumi bumi­putera; berputera 1. mempunyai putera, beranak: adalah ia ~ dua orang; 2. melahirkan anak (laki-laki), bersalin: permaisuri pun ~lah seorang laki-laki; berputerakan sl mempunyai sbg putera (anak), beranakkan: adapun baginda itu ~ Sultan Mahmud; diputerakan dilahirkan (anak): baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927; keputeraan 1. darjat sbg putera raja: dia menjaga ~ raja Thai; 2. kelahiran; hari ~ hari kelahiran; ulang tahun ~ ulang tahun kelahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.te.ra] | ڤوترا

Definisi : 1 bd anak lelaki kpd raja: ~ mahkota anak raja yg akan naik takhta. 2 anak lelaki (utk menghormati): ~ Melayu. berputera 1 mempunyai anak lelaki (terutamanya raja-raja): Baginda ~ tiga orang. 2 melahirkan anak lelaki. diputerakan dilahirkan: Baginda telah ~ pd hari Khamis malam Jumaat. keputeraan hal diputerakan; kelahiran: hari ~ hari seseorang dilahirkan; hari jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putera (kata nama)
Bersinonim dengan anak raja lelaki, anak lelaki;,
Kata Terbitan : berputera, keputeraan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUTERA WALES

Putera Wales ialah gelaran yang diberikan

kepada waris putera sulung takhta kerajaan United

Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung

raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun

telah melepaskan gelaran tersebut.

Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada

tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales,

yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran

kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301,

Edward memberikan gelaran itu kepada putera

sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang

dikenali sebagai Edward II. Semenjak

pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris

putera sulung takhta kerajaan Britain menerima

gelaran ini.

UMUM 
DIANA, PRINCESS OF WALES

Diana, Princess of Wales (1961–1997) ialah

kerabat diraja British dan isteri Putera Wales

(lihat Charles, Prince). Dia ibu Putera William dan

Putera Henry, iaitu putera diraja Wales.

UMUM 
PUTERA

Putera ialah gelaran yang tertinggi golongan

bangsawan. Perkataan ini berasal dari perkataan

Latin , princeps , bermakna pertama . Perkataan

princeps digunakan sebagai gelaran kepada

pegawai awam dan tentera Rom purba. Puak

Visigoth dan Lombard Jerman yang tinggal dalam

Empayar Rom menggunakan perkataan putera bagi

maksud kuasa kebebasan.

UMUM 
PUTERA SHOTOKU

Putera Shotoku , (573–621) ialah negarawan

Jepun dan sarjana agama. Pada tahun 604, baginda

memperkenalkan undang-undang bertulis Jepun

yang pertama dikenali iaitu Perlembagaan Artikel

Tujuh Belas.

UMUM 
PUTERA PHILIP

Putera Philip (1921– ) ialah suami kepada

Ratu Elizabeth II dari Great Britain. Gelaran

penuhnya ialah His Royal Highness The Prince

Philip, Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth,

Baron Greenwich.

UMUM 
PUTERA KONOYE

Putera Konoye (1891–1945). Fumimaro Konoye,

negarawan Jepun pada tahun-tahun sebelum

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
PUTERA GUNUNG TAHANPUTERA GUNUNG TAHAN, novel karya Ishak Haji Muhammad.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1938 oleh Jamiliah Press, Muar. Novel ini telah dicetak kali kedua oleh Geliga Ltd., Singapura pada tahun 1957 dan oleh Pustaka Budaya Ageng, Petaling Jaya pada tahun 1973.  Cetakan pertama dan kedua menggunakan tulisan Jawi sementara cetakan ketiga menggunakan tulisan  Rumi.SASTERAKarya
MACDONALD, FLORA

MacDonald, Flora (1722–1790), menjadi

serikandi Scotland kerana membantu Putera

Charles Edward Stuart melarikan diri ke Pulau Skye

selepas kekalahannya di Culloden, Scotland pada

tahun 1746. Mengikut sejarah, dia telah memujuk

putera tersebut supaya menyamar diri dengan

berpakaian perempuan. Apabila terserempak,

MacDonald menyatakan bahawa putera itu ialah

pembantunya. Kerana peranannya dalam

penyamaran itu, dia dipenjarakan di Tower of

London. Dia dibebaskan pada tahun 1747.

MacDonald menjadi terkenal dan banyak

memperoleh wang daripada para peminatnya.

UMUM 
TUN SABAN

TUN SABAN (1480-an – 1550-an), pemerintah daerah hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Tempong, Tun Saban juga dikenali sebagai Tun Saban.  Tun Saban dikatakan berketurunan raja Beruas.  Ini berdasarkan anggapan bahawa raja Beruas yang telah dinobatkan oleh Sultan Mahmud pada awal abad ke-16 dahulu membawa gelaran Tun Aria Bija Diraja.  Putera-putera baginda juga memakai gelaran Tun misalnya Tun Rana dan Tun Sayid.  Bagaimanapun asal usul dan salasilah Tun Saban yang sebenarnya tidak dapat diketahui dengan jelas.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NAPOLEON II

Napoleon II (1811–1832), Duke of Reichstadt, ialah

putera kepada Napoleon I dan Marie Louise dari

Austria. Napoleon I telah lama berharap untuk

mendapat putera yang bakal mewarisi empayarnya,

dan menerima kelahiran puteranya dengan begitu

gembira. Baginda menganugerahkan puteranya

dengan gelaran raja Rom.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas