Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putera (kata nama)
Bersinonim dengan anak raja lelaki, anak lelaki;,
Kata Terbitan : berputera, keputeraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana ayat yang betul dari segi bahasanya. 1) Putera Bongsu raja itu dilahirkan di ... 2) Putera bongsu raja itu diputerakan di ... adakah huruf 'b' pada perkataan bongsu itu huruf kecil atau huruf besar?Sekiranya Bongsu merupakan nama putera tersebut, huruf 'b' ditulis dengan huruf besar 'Bongsu'. Walau bagaimanapun, sekiranya bongsu merujuk kepada anak yang paling muda (kedudukan anak dalam keluarga) huruf 'b' ditulis dalam huruf kecil 'bongsu'.Ejaan30.03.2011
Saya ingin bertanya, bolehkah DBP mencadangkan kata ganti nama untuk situasi berikut? 1. Permaisuri kepada Raja. (Patik/beta?) 2. Permaisuri kepada Putera. (Bonda/beta?) 3. Putera kepada Permaisuri. (Anakanda/patik/beta?)Kata ganti yang sesuai digunakan:

1. Permaisuri kepada raja = Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi permaisuri kepada raja, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, dalam karya-karya klasik terbitan DBP, kata ganti yang digunakan ialan adinda.
2. Permaisuri kepada putera = bonda
3. Putera kepada permaisuri = anakanda
Istilah19.11.2016
Liza Albatraoz 2:44PM salam sejahtera.saya nak tanya,di mana sy boleh dapatkan buku2 terbitan DBP pertengahan tahun 80-an? Pertengahan tahun 1980an, penerbitan siri cerita rakyat Malaysia 1. PUTERA KIAMBANG (cerita asal rakyat Pulau Pinang) 2. NAGA LAUT KEPALA TUJUH (rakyat perak) 3. DULI TUAN KECIK (tganu) 4. SI BONGSU DAN KAK NAM (Melaka) 5. Bukit setimbun tulang (Kelantan) 6. Kuda Hijau Siri Tidurlah Intan saya ingin membelinya utk hadiah anak saya... harap dapat bantu.. terima kasih Seen by Liza Albatraoz at 2:44pmTuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.Lain-lain29.07.2016
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang kata ganti diri nama untuk tuanku, adakah tuanku hanya digunakan untuk raja? Bagaimana pula dengan putera? Contohnya, jika pembantu bercakap dengan putera, kata ganti nama diri adalah patik dan tuanku? Jika raja dan putera terlibat dalam perbualan, maka apakah kata ganti diri nama untuk membezakan kedua-duanya? Terima kasih.

Apabila Tuanku berdialog dengan anaknya, kata ganti diri untuk keluarga diraja biasanya menggunakan  sapaan anakanda  dan ayahanda.  Manakala kata ganti diri raja dan putera raja ketika berdialog dengan pembantu  ialah beta dan pembantu pula menggunakan kata ganti diri patik. 1">

Istilah21.08.2017
Salam sejahtera. 1. Apakah golongan yang sesuai bagi kata nama khas Matematik, tajuk filem seperti Spiderman dan Superman serta tajuk karangan seperti "Ibu Saya"? 2. Adakah gelaran seperti Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Dato Bendahara, Sultan, Permaisuri, Putera Mahkota kata nama khas? 3. Apakah kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga bagi Permaisuri, Putera Mahkota, Puteri? Terima kasih.
  1. Soalan yang pertama sukar untuk difahami. Mohon tuan/puan mengemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci.
  2. Menteri Pendidikan dan Dato’ Bendahara ialah kata nama khas, manakala putera mahkota, sultan, permaisuri dan perdana menteri ialah kata nama am. Sekiranya perkataan tersebut digunakan sebagai nama khas, contohnya Putera Mahkota Selangor, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 280 dan 1680 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 81 – 87.

Tatabahasa02.04.2024
Salam Sejahtera.Mohon pandangan tuan tentang soalan berikut; 1. "Mengapakah _______ bertitah demikian ?" tanya datuk penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Saya berpendapat, jawapan B dan D boleh diterima berdasarkan makna yang tersendiri. Jika jawapan A, merujuk kepada pertanyaan datuk penghulu kepada putera itu sendiri mengapa mengeluarkan titah yang sedemikian. Jika jawapan B, merujuk kepada pertanyaan datuk penghulu mengapa ayahanda putera itu atau sultan yang lain mengeluarkan titah sedemikian. 2. hari kanak-kanak @ Hari Kanak-kanak 3. hari guru @ Hari Guru 4. hari kemerdekaan / kebangsaan @ Hari Kemerdekaan /Kebangsaan Terima kasih.1.  Pendapat tuan itu tepat.
2.  Hari Kanak-kanak.
3.  Hari Guru.
4.  Hari Kemerdekaan/Kebangsaan.
Lain-lain24.07.2012
Salam, Boleh saya tahu kata ganti nama yang mana lebih sesuai untuk seorang putera raja: baginda atau beliau? Atau adakah kata ganti nama lain yang lebih sesuai? Terima kasihUntuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi putera raja tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "beta" merupakan kata ganti diri pertama untuk raja (Hlmn. 176). Akan tetapi, tidak dinyatakan secara khusus yang kata tersebut hanya digunakan untuk raja atau sultan semata-mata. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan putera atau puteri raja  menggunakan kata ganti diri yang sama, iaitu "beta" kerana mereka juga merupakan keturunan raja. 1">Istilah11.08.2015
Putera Pg Azlan Sep 30th, 1:42pm Assalammualaikum yang berbahagia Datuk, saya Wan Amir Azlan Bin Wan Haniff dari UUM, salah seorang peserta Program pembinaan Bakat Siswa... seperti yang tuan sudah sedia maklum mengenai surat semalam, saya ingin respons dengan berharap agar perkara ini dapat disiasat dengan teliti Tuan, bukan niat saya untuk mengeruhkan keadaan memandangkan program ini telah pun berakhir, saya cuma berharap agar selepas ini ia tidak berlaku lagi, dan untuk makluman tuan, saya telah bersedia 5 bulan lamanya untuk pertandingan ini dan setiap persediaan tersebut mempunyai harga yang perlu pihak kami bayar untuk jayakannya ditambah pula jarak universiti kami yang sangat jauh. kami cuma berharap pertandingan ini dapat diadili dengan lebih adil dan teliti tanpa ada miring kepada mana2 pihak. .. Saya meminta maaf jika saya tersilap kata, segala kerjasama tuan sangatlah saya hargai..Syabas atas pelibatan dan komitmen tuan dalam Program Bakat Siswa. Semua peserta layak untuk menang tetapi hanya seorang yang akan dipilih sebagai pemenang, iaitu peserta yang mempunyai markah tertinggi dalam kumplan tersebut. Perlu diingat, panel hakim yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan berintegriti. Walau bagaimanapun, untuk sebarang aduan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, di talian 03-21479222/9216/9217 atau e-mel aduan kepada Ketua Bahagian Puan Siti Aisah Murad di talian aisah@dbp.gov.my.Lain-lain30.09.2014
1. "Mengapakah _______ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Aziz. Jawapannya Tuanku atau Baginda?? 2. Siapakah yang boleh menggunakan "bertitah" ? Raja & Sultan sahaja? 3. Apakah perbezaan antara hamba & tuan hamba? Bolehkah beri contoh? TQ1.  Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan
 Tuanku - yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan.
jawapan tepat ialah Tuanku.

2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bertitah bermaksud berkata, memberi perintah yang merupakan bahasa dalam, bahasa istana. Hanya digunakan oleh Sultan atau Raja.

3. hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?"

patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata.

Tatabahasa03.08.2012
APakah takrif remaja menurut Kamus Dewan?remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;Makna23.12.2008
12

Kembali ke atas