Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baik hati; jujur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Dipakai orang sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Hati bimbang lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Tak kuning oleh kunyit,
     tak putih oleh kapur.

Bermaksud :

Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STRAWBERI

Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros

yang ditanam untuk buahnya yang sedap

berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan

permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil,

putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan

pada mulanya dan menjadi merah terang apabila

masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan

sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga

ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk

membuat jem, jeli, dan wain.

UMUM 
DALMATIAN

Dalmatian ialah anjing bersaiz sederhana. Anjing

ini berwarna putih bertompok-tompok hitam atau

merah hati.

UMUM 
MERPATI PUTIH TERBANG LAGI

MERPATI PUTIH TERBANG LAGI, NOVEL KARYA Khadijah Hashim.  Novel ini dicetak pada tahun 1972 (cetakan pertama) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Novel ini memenangi hadiah sagu hati Peraduan Novel Sepuluh Tahun Merdeka anjuran kerajaan Malaysia pada tahun 1967.

SASTERAKarya
TAURUS

Taurus, Lembu Jantan , ialah buruj (kumpulan

bintang) yang membentuk tanda kedua zodiak.

Dalam mitologi Yunani, Zeus mengubah dirinya

menjadi seekor lembu jantan yang putih bersih

supaya dia dapat menawan hati Europa yang

dicintainya. Lembu itu dikagumi oleh Europa lalu

ditungganginya. Zeus pun mendedahkan

identitinya dan mengahwini Europa.

Di langit, Taurus dapat dicamkan dengan

kehadiran dua gugusan bintang yang terbuka.

Gugusan bintang berbentuk V, iaitu Hyades ,

menandakan muka lembu. Pleiades, gugusan

bintang yang agung dan lebih padat, membentuk

bahu lembu itu. Bintang yang kemerah-merahan,

Aldebaran, menandakan mata kanan. Dua butir

bintang lagi, Beta dan Zeta Tauri, membentuk

hujung tanduk lembu. Taurus juga termasuk

Nebula Ketam, suatu jisim gas dan debu yang

mengembang, dan yang berpunca daripada

supernova (ledakan bintang) serta T. Tauri, bintang

yang berubah-ubah.

Lihat juga Astrologi; Supernova; Zodiak.

UMUM 
SIKLAMEN

Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan

yang menarik yang tumbuh liar di kawasan

Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di

hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta

belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam

di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam

dalam pasu. Ia tumbuh daripada ubi (batang bawah

tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk

kacang dan mempunyai petiol (tangkai daun) yang

panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau

ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga

6.5 sentimeter.

UMUM 
SERI PAGI

Seri pagi ialah nama famili yang terdiri daripada

terutamanya tumbuhan memanjat. Anggota

famili ini tumbuh di seluruh kawasan tropika dan

sederhana di dunia. Seri pagi taman adalah

antara tumbuhan yang terkenal dalam famili ini. Yang

lain ialah bindweed, bunga bulan, scammony dan

keledek. Seri pagi tumbuh cepat dan meliliti objek

yang berhampiran. Ia tumbuh menjalar dari tiga

hingga enam meter tingginya. Ia banyak digunakan

untuk menutupi tiang, pagar dan anjung. Seri pagi

taman mempunyai daun hijau tua, berbentuk seperti

hati. Bunganya berbentuk seperti corong dan

mempunyai pelbagai warna dan campuran warna

ungu, biru, merah, samar dan putih. Bunganya yang

harum kembang pada waktu pagi dan kuncup dalam

cahaya matahari pada waktu petang. Bijinya boleh

direndam dalam air semalaman untuk melembutkan

selaput bijinya dan memudahkannya bercambah.

Jenis seri pagi Jepun mempunyai bunga 18

sentimeter diameternya. Bunganya berwarna

bercampur-campur warna samar dan ungu.

UMUM 

Kembali ke atas