Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putik (kata nama)
Bersinonim dengan bakal buah, pentil, badik.,

Puisi
 

Putik nanas dalam kebun,
     Ambil sebiji letak di tepi;
Siang berpanas malam berembun,
     Tuan tidak ambil peduli.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bunga gugur putik pun gugur.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang.
Kurik Kundi Merah SagaPutik nanas dalam kebun, Ambil sebiji letak di tepi; Siang berpanas malam berembun, Tuan tidak ambil peduli.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh dari Pematang, Pijat-pijat dari Patani; Dari jauh tuan datang, Apa hajat datang ke sini.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh tebang mempelam, Mari isi dalam raga; Duduk jauh bulan pun kelam, Tanda kasih kudatang juga.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh tangkainya mangga, Disambar buaya sambil berenang; Sudah jauh dipandang mata, Hati mana dapat tak senang.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh lempar jauh, Kayu berduri di tepi kota; Adik jauh abang jauh, Jauh dari pandangan mata.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh lempar berdengung, Jatuh berserak di dalam padi; Dari jauh adinda tersenyum, Apakah hajat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh di negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh dari Permatang, Bunga kemunting dari Kiaman; Dari jauh saya datang, Hendak menyunting bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh dari Permatang, Sayang selasih dalam puan; Lagi jauh kami datang, Kerana kasih kepadamu tuan.
1234

Kembali ke atas