Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ting] | ڤوتيڠ

Definisi : 1. hujung yg runcing pd pangkal parang (pisau dll) yg dimasukkan ke dlm hulu; 2. ki kelentit; 3. sisa kayu (rokok dll) yg pendek-pendek, puntung: memungut ~ rokok di atas jalan; 4. = ~ tetek (susu) bahagian hujung tetek; 5. susu palsu (diperbuat drpd getah dll): anak itu diajar menghisap ~ kosong; ~ beliung a) pangkal beliung; b) = angin ~ beliung angin puyu; ~ cepu-cepu hujung tiang (perahu dll); ~ damar tangkai suluh yg dibuat drpd damar; ~ kayu bp puntung kayu, sisa kayu (yg pendek-pendek); ~ rokok bp sisa rokok; ~ tunam sl tali api-api utk memasang meriam, murang; berputing 1. ada putingnya: beliung ialah sejenis mata pisau yg tajam lagi ~; 2. bp jadi puting, tinggal puting, tinggal pendek saja lagi: rokoknya dah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ting] | ڤوتيڠ

Definisi : ; ~ beliung sj ikan darat, susah batu, Homaloptera spp.; ~ damar sj ikan laut, Sillago sihama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ting] | ڤوتيڠ

Definisi : 1 bahagian pangkal parang yg runcing yg dimasukkan ke dlm hulu: parang ~ parang yg tidak berhulu. 2 = ~ susu bahagian hujung tetek. 3 benda yg dibuat drpd getah utk dinyunyut oleh anak-anak kecil. 4 unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan). ~ beliung angin yg sangat kencang yg dpt menumbangkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puting (kata nama)
Bersinonim dengan puting susu, mata susu, hujung susu, pentil, bentil susu, ambing.,

Puisi
 

Baik-baik jaga pedoman,
     Kapal belayar puting anak;
Sudah kembang bunga di taman,
     Suka hati kumbang yang banyak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ported nippleputing berlubangKejuruteraanPetroleumSejenis puting pendaratan yang mempunyai lubang atau celah. Bahagian dalamnya sama dengan puting-puting pendaratan yang lain. alat kawal subpermukaan yang boleh ditempatkan di dalam puting berlubang adalah alat-alat hubungan, seperti pencekik pintu sisi, perkakas pemisah, pencekik silang atas dan sebagainya.
no goputing penahanKejuruteraanTiadaPuting penahan: Puting pendaratan yang dipasang di bahagian paling bawah rentetan tetiub.
putingputingKerisTiadaLihat paksi.
mortise and tenon jointtanggam lubang dan putingKesenianTiadaTanggam yang terhasil daripada penyambungan lubang puting dan puting.
non-selective landing nippleputing pendaratan tak memilihKejuruteraanPetroleumPuting pendaratan dengan garis pusat dalam (pada bahagian bawah puting) agak mengecil. Pada prinsipnya puting ini berfungsi sebagai penahan kepada alat-alat pengunci yang akan ditempatkan di dalamnya. Untuk itu garis pusat luar peranti yang akan ditempatkan di dalam puting jenis ini mestilah besar sedikit daripada garis pusat dalam puting, sehingga peranti tersebut akan memasuki puting dan tertahan pada bahagian bawahnya.
pacifier suckingpenghisapan putingPergigianTiadaTabiat menghisap puting bagi menenangkan perasaan seseorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, penghisapan puting yang berpanjangan boleh menyebabkan gangguan jajaran gigi. Terdapat juga amalan mencelup puting dengan cecair manis bagi meningkatkan keenakannya tetapi tindakan ini boleh mengakibatkan kejadian karies rampan.
twin tenonsputing kembarKesenianTiadaPuting kembar dua yang dipasang pada tanggam puting dan lubang.
selective landing nippleputing pendaratan memilihKejuruteraanPetroleumPuting pendaratan dengan profil bahagian sebelah dalam memberikan bukaan penuh (tidak ada pengecilan garis pusat dalam). Kegunaan puting jenis ini adalah untuk menutup telaga, menguji tetiub, dan bertindak sebagai tempat meletakkan injap keselamatan tetiub, tempat meletakkan pencekik atau alat atur dasar lubang, tempat menggantung tapisan pasir, tempat menggantung paip perpanjangan, dan lain-lain lagi.
on-go nippleputing penahanKejuruteraanPetroleumPuting pendaratan yang dipasang pada bahagian hujung tetiub. Fungsinya adalah sebagai penahan alat-alat talian kabel daripada terkeluar daripada tetiub. Puting ini juga digunakan untuk menempatkan palam penutup.
barefaced tenonputing berbahuKesenianTiadaPuting yang mempunyai bahagian bertingkat pada sebelah permukaannya sahaja.
12345678910...

Kembali ke atas