Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.tus] | ڤوتوس

Definisi : 1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll): anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; 2. ki tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dll): ~lah sudah tali persahabatan antara mereka; perhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari; 3. berakhir, habis, selesai: kampung yg tidak pernah ~ makanan; perundingan sudah ~ sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (keten­tuan, persetujuan, dll); sampai sekarang pun perkara itu belum ~; fikirannya hendak merantau itu benar-benar ~; kata ~ kepastian, keputusan, ketentuan; ~ akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); ~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dll); ~ bicara a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; ~ haid terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pd sekitar umur 50 tahun, menopaus; ~ harap (harapan) tidak mempunyai harapan lagi; ~ harga a) harga mati, harga tetap; b) sudah sesuai mengenai harganya; ~ limau = ~ ubat upacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dgn berkenduri atau mandi air buyung); ~ loteri Id menang loteri; ~ muafakat (pakat) sudah mendapat kata sepakat; ~ nafas a) tidak dapat bernafas; b) mati; ~ niat a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; ~ nyawa (jiwa) mati; ~ rezeki kehilangan mata pencarian; ~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara; ~ suap kehabisan nasi tambah ketika sedang makan; ~ umur mati; ~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu prb bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti; ~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) prb sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya; ~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan); ~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn taulan yg diharap); putus-putus 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~ batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis); memutus; ~ jalan a) menghalangi (merosakkan dll) jalan; b) memotong (memintas) jalan; ~ perkataan orang menyela (memenggal) perkataan orang; memutusi ark = memutuskan menentukan; memutuskan 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, meng­hukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah; ~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati; terputus terhenti, terpenggal: sayang ceritanya ~ di tengah-tengah; setiap orang yg mati akan ~ segala amalannya; putusan 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku; keputusan 1. kesudahan, akhir, penghabis­an: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); berkeputusan mempunyai keputusan (kesu­dahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir; perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan; pemutusan perbuatan memutus(kan); pemutus 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan, penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.tus] | ڤوتوس

Definisi : 1 tidak bersambung lagi kerana terpotong dll: Kalungnya ~. Perhubungan kereta api di antara Tumpat dgn Gemas telah ~ kerana banjir. 2 sampai ke peringkat yg akhir; habis; berakhir: Makanan di kampung kami ini tidak pernah ~. 3 sudah mendapat ketentuan; selesai: Sampai sekarang perkara itu belum ~ lagi. ~ akal tidak tahu akan apa yg mesti dilakukan lagi; sudah habis ikhtiar. ~ asa (harapan) tidak ada harapan lagi. ~ harga harga yg tidak boleh ditawar lagi; harga tetap. ~ kata kata-kata yg sama-sama disetujui. ~ nafas a. tidak dpt bernafas. b. = ~ nyawa mati. ~ rezeki hilang mata pencariannya. ~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara. putus-putus 1 kerap kali putus; selalu saja putus: Tali kasutnya ~. 2 sekejap-sekejap berhenti; tidak terus berturut-turut: Tiap-tiap hari, orang tidak ~ mengunjungi muzium ini. memutuskan 1 membuat jadi putus; menjadikan putus: ~ kawat elektrik. 2 membuat jadi berpisah atau bercerai; membatalkan; menghabiskan: Perkara sekecil itu tidak seharusnya sampai ~ tali persahabatan kamu berdua. Berdosa jika kita ~ silatulrahim. 3 mengambil sesuatu ketetapan; menentukan; menetapkan: Pihak kesatuan telah ~ utk membawa perkara itu ke mahkamah. keputusan 1 sesuatu yg ditetapkan sesudah dibincangkan; hasil drpd sesuatu perbincangan; kesimpulan: ~ perbicaraan itu belum diketahui lagi. ~ peperiksaan itu akan disiarkan dlm surat khabar. 2 mengalami kekurangan atau tidak adanya sesuatu; kehabisan: Sampai di tengah jalan, kenderaan kami telah ~ minyak. pemutusan perbuatan atau hal memutuskan. pemutus 1 alat yg digunakan utk memutuskan (sesuatu). 2 orang yg memutuskan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,

Puisi
 

Manis sungguh gula kabung,
     Hendak wangi dicampur pandan;
Putus tali boleh disambung,
     Putus kasih merana badan.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Putus CintaRizki MirantiHorison (Kakilangit)1 December 2000
PutusArsil IbrahimDewan Sastera1 October 1992
Putus Sudah Kasih SayangRusman AliBahana1 January 1969
Rajah PutusAi ShiDewan Siswa1 September 1993
Sifat putus asa membawa kepada kekufuranAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 March 1989
Korban Putus HarapRos JohorHiboran22 October 1949
Apabila tali putus...Abu SaimimaDewan Budaya1 October 1991
Tali biola putus lagiUkuzaTunas Cipta1 January 2005
Layang-layang Putus TaliKhatijah HashimDewan Bahasa1 September 1975
Bak Kumbang Putus TaliIshak Hj. MuhammadMastika1 February 1970
123

Kembali ke atas