Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qa.dar] | قدر

Definisi : Ar keputusan (ketentuan) Tuhan, takdir, untung: orang Islam mesti percaya akan ~ baik dan jahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[qa.dar] | قدر

Definisi : sesuatu hal yg telah ditentukan oleh Allah yg akan berlaku kpd makhluk-Nya, sebelum makhluk itu dijadikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
qadar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan takdir, ketentuan, nasib, ketetapan Allah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya...mana satu kah ejaan yang betul iaitu qadak atau qada Biasa kita tulis qadak dan qadar tetapi setengah penulisan dieja qada dan qadar mohon pencerahanqadak dan qadarEjaan06.08.2018
Salam. Bagaimana ejaan yang tepat untuk lailatul qadar? Adakah perlu dieja permulaannya dengan huruf besar - Lailatul Qadar? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "lailatulqadar".Ejaan10.06.2013
Adakah lailatulqadar juga bleh dieja dengan malam al-Qadar ? mengapa tidak dieja dengan huruf besar dihadapan ?Benar, malam lailatulqadar juga dikenali sebagai malam al-Qadar (sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan DBP tahun 2020 halaman 1396).

Perkataan Arab "al" diterima sebagai penunjuk bagi kata nama khas, diletakkan tanda sempang selepasnya dan diikuti dengan huruf besar kata nama khas yang diperkatakan, misalnya al-Baqarah, al-Wali dan al-Quran. Kata "al" hanyalah kata umum yang boleh digabungkan dengan banyak kata nama lain yang fungsinya sama seperti "the" dalam bahasa Inggeris.

Kata "al" boleh berada di tengah-tengah ayat dengan ejaan huruf kecil seperti malam al-Qadar, manakala pada awal ayat dieja dengan huruf besar seperti Al-Quran sentiasa dibaca oleh Aminah.
Ejaan01.04.2024
Sila semak pengertian Qada' dan Qadar pada mukasurat 1, buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Islam Tahun 4, jilid 2...terima kasih.Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian.Makna12.06.2010
Salam..Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, "Pendidikan Islam Tahun 4, Jilid 2", cetakan kelima, 2007, adalah dirujuk. Sila lihat mukasurat 1, Asas Ulum Syariah, tajuk Beriman Kepada Qada' dan Qadar, bahagian pengertian. Adakah pengertian tersebut tepat?Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian.Makna12.06.2010

Kembali ke atas