Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qa.ri] | قاريء

Definisi : Ar pembaca Quran (lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[qa.ri] | قاريء

Definisi : pembaca Quran (lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata qari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Dimana boleh saya dapat bahan rujukan dalam bahasa melayu mengenai (senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quran). 2. Senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quranuntuk mendapatkan bahan rujukan mengenai senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan mereka terhadap Al- Quran, tuan boleh berhubung terus dengan pihak JAKIM atau Darul Quran kerana pihak kami tidak Ada menyimpan bahan atau data tersebut.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.03.2008
Cara menyebut Qari? Adakah 1. Kah - ree 2. Kaw - ree 3. Kaur - ee 4. Ka - ri 5. Kua - ree 6. Kuar - ree atau? terima kasih.Sebutan yang betul ialah qa.riEjaan15.10.2020
Hi, saya telah menyemak 'Qari' melalui 'Carian kata'. Keputusannya di bawah: [qa.ri] | قاريء Definisi : pembaca Quran (lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Saya hendak mengenal pasti cara menyebut 'qa'. Adakah ianya 'kah', 'kaw', 'kua', 'ka'? terima kasih.Sebutan untuk Qari ialah qa.ri (seperti sebutan dalam bahasa Arab).Lain-lain18.10.2020
saya ingin mengetahui alamat dan peta tempat DBP wilayah timur. saya ingin membeli kamus perrtuturan loghat kelantan tulisan abdullah al-qari bin haji salleh. saya saya mendapat petunjuk dan jalan daripada pihak tuan/puan. assalamualaikum...Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Lot 107-109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.  Tel: 09-7414900.Lain-lain09.09.2009
Tuan, aPa maksud Perkataan lagu? aPa maksud Perkataan lirik? aPa Pula Perbezaan antara lagu dan lirik ? sekian dan terima kasihLagu membawa maksud: 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb;
Manakala, lirik membawa maksud: 1. sejenis puisi yang menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu.
Makna22.09.2014

Kembali ke atas