Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qu.nut] | قنوت

Definisi : Ar = doa ~ doa supaya dijauhkan sesuatu bala atau memohon sesuatu pertolongan drpd Allah yg dibaca pd waktu tertentu (pd rakaat kedua sembahyang subuh, bermula pd malam ke-15 bertarawih pd bulan Ramadan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[qu.nut] | قنوت

Definisi : , = doa ~ doa yg dibaca pd waktu tertentu (spt pd rakaat kedua ketika bersembahyang subuh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata qunut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan yang mana betul? Qunut Nazilah/ qunut nazilah / qunut NazilahEjaan yang betul ialah Qunut Nazilah.Ejaan22.08.2013
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak.

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP.

Tatabahasa16.02.2010

Kembali ke atas