Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn paru-paru; besar ~ Mn bodoh, dungu; dendeng ~ sj makanan drpd paru-paru; sakit ~ sakit paru-paru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabu I

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengajukan persoalan berhubung penggunaan perkataan "Malam". Sebagai contoh: Malam Rabu atau Rabu malam - Yang manakah penggunaan lebih tepat bagi aspek bahasa penulisan dan pertuturan? Mohon pencerahan. Terima kasih. emel: shafiq@jsm.gov.mySoalan: "Malam Rabu" atau "Rabu malam"
Waalaikumsalam. Kedua-dua perkataan "malam Rabu" dan "Rabu malam" boleh digunakan dalam penulisan dan pertuturan bahasa Melayu. Yang membezakan kedua-dua perkataan tersebut adalah maknanya. "Malam Rabu" bermaksud "siangnya hari Selasa, malamnya Rabu" (seperti ungkapan "malam Jumaat" bermaksud "pada malam hari Khamis"). Manakala "Rabu malam" pula bermaksud penutur ingin menegaskan "malam" pada hari tersebut. Terima kasih.
Istilah04.06.2014
salam sejahtera... mana satukah penggunaan ayat yang betul? 1. Program itu bermula pada Rabu ini. 2. Program itu bermula pada hari Rabu ini. memadaikah pada Rabu sahaja kerana perkataan Rabu itu sendiri sudah menunjukkan hari atau perlu juga diletakkan perkataan hari?Salam sejahtera. Kedua-dua contoh ayat tersebut betul dari segi makna. Namun, ayat yang lebih gramatis ialah "Program itu bermula pada hari Rabu ini".Tatabahasa16.12.2014
Adakah ayat berikut sesuai untuk buku bacaan kanak-kanak? Hari ini hari Rabu. Hari ini ibu dan bapa cuti.Hari ini hari Rabu. Hari ini ibu dan bapa Ali bercuti.Tatabahasa23.08.2016
1. Adakah ayat ini betul? "Saya tuisyen pada hari Rabu." 2. Saya nak cadangkan supaya dalam kamus online dbp, sertakan sekali jenis kata (tatabahasa: kn, ks, kk, dsbnya) utk setiap perkataan yang disenaraikan untuk memudahkan para pengguna. Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah 'Saya menghadiri kelas tuisyen pada hari Rabu'

2. Untuk makluman saudara Bahagian Perkamusan, DBP sedang mengusahakan penerbitan Kamus Besar Bahasa Melayu yang memasukkan kelas kata entri kamus berkenaan.

Tatabahasa29.04.2011
Terdapat 2 maksud arbaa iaitu empat dan Rabu (Arbaa). Adakah ejaannya dalam Tulisan Jawi berbeza seperti اربع dan اربعا? Sumber: اربعا dari Kamus Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi A-K اربع dari PRPM"Arbaa" ialah bahasa Arab dan dieja  اربع. Walaupun mempunyai dua makna, ejaannya tetap sama. Perbezaan makna ini boleh dilihat melalui konteks penggunaannya dan lagipun terhad dalam konteks bahasa Arab. Bahasa Melayu telah menerima empat dan Rabu.Istilah17.04.2014
Singkatan 3 huruf untuk hari, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad? Cth: Isnin = IsnBuat masa ini, belum ada singkatan untuk perkataan hari dan ditulis penuh.Ejaan22.04.2021
Mohon Semak Ayat dan Ejaan. Terima Kasih. --- Saya ada baju biru. Baju biru lawa. Mana baju biru? Ini baju biru. Saya suka baju biru. Saya suka baju lawa. ------ Mari baca buku. Mana buku? Itu buku. Mana buku biru? Buku biru yang baharu. Ini buku biru. Mari kita baca. --------- Bola Baharu Mana bola baharu? Ini bola. Ini bola baharu. Saya suka hati. Ada tiga bola baharu. Saya suka hati. ----- Mari Kira Mari kira bola. Satu bola, dua bola, tiga bola. Mari kita kira. Satu bola, dua bola, tiga bola, empat bola dan lima bola. Saya suka hati. -------- Hari Rabu Saya suka hari Rabu. Hari Rabu ada cerita lucu. Saya geli hati. Saya lari-lari. Saya menari-nari. Saya suka hati. ---------Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakn soalan yang lebih jelas.Lain-lain30.06.2010
JAWATAN KOSONG - TEMU DUGA TERBUKA JAWATAN : OPERATOR PENGELUARAN MASA : RABU - JUMAAT 10.00AM - 12PM,2.00PM - 4.00PMUntuk semakan dan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasawww.dbpsahbahasa.myLain-lain05.02.2018
Bagaimana bahasa Melayu menulis tempoh masa. Contohnya: Isnin hingga Rabu, 2013 hingga 2015 dsb. Perkataan "hingga" boleh ditukar dengan tanda sempang. Sempang mana digunakan "-" atau "–". Bahasa Inggeris gunakan "–" untuk maksud "hingga". Bagaimana hendak menulisnya? Perlukah dijarakkan? Contoh: 2013-2015, 2013 – 2015 atau sebagainya?

Perkataan “hingga” boleh digantikan dengan tanda pisah "–" (bukannya tanda sempang). Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan dijarakkan. Contohnya: Jun – Oktober ; Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 – 1980.

Ejaan10.01.2015
1. Semasa menulis karangan berbentuk catatan bolehkah kita tulis seperti di bawah : Rabu, 21 Maac 2020 8.00 pagi Kami bertolak ke destinasi dengan bas yang disewa khas. 9.00 pagi Selepas sejam, kami pun tiba di destinas. Persoalannya, bolehkah kita gunakan 'selepas , kemudian, seterusnya dll' untuk memulakan ayat seperti di atas. 2. Bolehkah perkataan dengan wujud dua kali dalam satu ayat ? Contohnya : Adik bermain dengan kucingnya yang comel dengan gembira. 3. Adakah penggunaan perkataan 'meningkatkan' dalam ayat berikut betul ? Adik rajin belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Sekian, terima kasihSaudara,

1. Penggunaan penanda wacana seperti selepas itu, selain itu, seterusnya boleh digunakan dalam karangan jenis laporan.
2. Digalakkan untuk mempelbagaikan penggunaan kata hubung dalam sesebuah perkataan. Sebagai contoh, Adik gembira bermain dengan kucingnya yang comel.
3. Mengikut data kami, ayat tersebut betul.
Tatabahasa31.03.2020
12

Kembali ke atas