Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.bu/] | رابوق

Definisi : 1. sj cendawan (jamur); 2. bulu halus-halus yg terdapat pd pokok kabung (utk menghidupkan api dgn pemantik), kaul; 3. sesuatu yg menjadi bibit perselisihan dll; sehabis ~ sehabis putaran prb kerja selesai wang pun habis; spt ~ dgn api prb mudah terjadi perkara yg kurang baik kalau didekat­kan (jika gadis didekatkan dgn teruna). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bu/] | رابوق

Definisi : Jw baja, pupuk; ~ buatan = ~ garam baja (pupuk) buatan; ~ hijau pupuk hijau; merabuk, merabuki memupuk, membaja: laksana tanaman yg sudah jadi, tidak perlu dirabuk-rabuk, tidak perlu disiram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabuk

Peribahasa

Sehabis rabuk,
     sehabis putaran.

Bermaksud :

Kerja selesai wang pun habis. putaran = pemantik api.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
powdery mildewrabuk berserbukBiologiPatologiRabuk berwarna putih berserbuk yang disebabkan oleh kulat askomiset dalam oder Erysiphales. Serbuk tersebut ialah konidium kulat yang tersusun dan rantaian yang terdedah ke udara. Contohnya penyakit rabuk berserbuk pada timun yang disebabkan oleh Erysiphe polygoni.
dark mildewrabuk gelapBiologiPatologiRabuk berupa tompok-tompok kehitaman menyerupai jelaga dan disebabkan oleh kulat tertentu dalam order Meliolales. Ini disebabkan kerana kulatnya mempunyai pigmen gelap.
downy mildewrabuk bak kapasBiologiPatologiRabuk berwarna putih melepak, dan tebal menyerupai kapas berserbuk, yang disebabkan oleh kulat askomiset dalam order Peronosporales. Contohnya penyakit yang disebabkan oleh Erysiphe sp. pada kacang buncis yang telah dituai.
black milderrabuk hitamBiologiPatologilih. rabuk gelap.
mildewrabukBiologiPatologiPenyakit yang dicirikan oleh ketumbuhan kulat askomiset tertentu, yang berupa anyaman miselium dengan konidiumnya menjulang ke udara di atas permukaan perumah. Keadaan ini menyebabkan ia kelihatan berkulapuk.
mildew funguskulat rabukBiologiMikologiKulat yang menyebabkan penyakit pada tumbuh-tumbuhan. Miselium kulat ini kelihatan tumbuh di permukaan perumah.
ethirimoletirimolBiologiPatologiNama am fungisid pirimidina sistemik yang berkesan mengawal penyakit rabuk berserbuk. Nama kimianya ialah 5-butil-2-etilamino-4hidroksi-6metil pirimidina.
chloroquinoxklorokuinoksBiologiPatologiNama am fungisid sistemik dan pembasmi yang banyak digunakan untuk mengawal penyakit rabuk berserbuk pada bijirin.
oxazineoksazinaBiologiPatologiKumpulan fungisid sistemik yang mempunyai cecincin morfolina yang berkesan untuk mengawal penyakit rabuk berserbuk. Contoh fungisid dalam kumpulan ini ialah dodemorf dan tridemorf.
tridemorftridemorfBiologiPatologiNama am fungisid sistemik dalam kumpulan morfolina yang berkesan terutama sekali mengawal penyakit rabuk berserbuk. Nama kimianya ialah 2, 6-dimetil-4-tridesil-morfolina.
12

Kembali ke atas