Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ci/] | راچيق

Definisi : sj jerat utk menangkap burung; tahan ~ burung tak masuk, burung biasa makan di tangan prb orang yg biasa ber-campur dgn orang yg berakal itu susah hendak dikalahkan; meracik menangkap burung dgn mengguna­kan racik; peracik orang yg meracik burung: bapanya bukanlah ~ burung sepenuh masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ci/] | راچيق

Definisi : ; meracik menghiris, memotong atau mengerat (timun, pinang, dll) tipis-tipis, me­nyayat (merajang) tipis-tipis; racikan sesuatu yg sudah dihiris (dipotong dll) tipis-tipis, hirisan yg tipis-tipis; peracik alat, spt pisau dsb, yg digunakan utk meracik sesuatu: kilang-kilang papan ini dilengkapi dgn peralatan spt gergaji gelung, pembelah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ci/] | راچيق

Definisi : ; meracik memotong atau meng­hiris kecil-kecil atau tipis-tipis: Ibu sedang ~ timun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
racik
Kata Terbitan : meracik, racikan,

Puisi
 

Sayang Pak Uda menahan racik,
     Umpannya kelkatu dalam pinggan;
Kalau ada budi yang baik,
     Menjadi abu orang kenangkan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ke laut meracik ikan,
     tersenyum siput;
ke hutan memancing punai,
     tertawa badak.

Bermaksud :

Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deep cuttingracik lebarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLihat racik selari.
julienneracik helaiMakanan dan PemakananMakananKaedah memotong makanan dalam bentuk jalur panjang dan nipis seperti batang mancis. Makanan yang biasanya dipotong secara racik helai ialah lobak merah, timun dan sengkuang.
resawgergaji racikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGergaji gelung atau gergaji talam yang digunakan dengan meluas untuk meracik dan mengergaji balak segi, kayu racik, dan kayu sayung. Gergaji ini biasanya mempunyai ukuran dan keupayaan memproses yang lebih kecil daripada gergaji belah.
flipper cantpembalik kayu racikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAci beromboh pada pengguling kayu yang mempunyai satu set lengan yang boleh mengangkat dan membalikkan kayu racik dari pengguling kayu yang bergerak untuk pengisihan atau pemprosesan selanjutnya.
saw aliveracik selariPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCara membelah kayu balak melalui pembelahan selari mengikut arah ira utama kayu. Kedudukan kayu balak tidak perlu diubah-ubah semasa menggergaji. Cara sesuai untuk kayu yang bergaris pusat kecil seperti kayu pain dan kayu yang bermutu rendah. Tetapi kebanyakan papan yang dihasilkan mudah menggeleding. Sin: racik lebar.
batonnetracik jejariPentadbiran PerniagaanTiada1. Potongan sayur yang berukuran kira-kira 6 mm x 6 mm x 7.5 cm.
chiffonaderacik mayangPentadbiran PerniagaanTiadaSayur-sayuran yang diracik atau dicincang halus untuk sup, salad atau sos salad.
ricingracik halusPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
julienneracik helaiPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan sayur yang berukuran lebih kurang 3 mm x 3 mm x 6 mm.
vegetable sticksracik jejariPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan sayur yang berukuran kira-kira 6mm x 6mm x 7.5cm.
12345

Kembali ke atas