Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat me­le­paskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1 panas badan spt ketika akan demam: naik ~ marah sekali; panas hati. 2 bengkak yg agak merah dan terasa sakit kerana dijangkiti kuman: ~ lidah (penyakit) bengkak pd lidah. ~ paru-paru (penyakit) bengkak pd paru-paru. meradang 1 berasa panas badan: Badannya ~. 2 naik radang; panas hati: Mereka ~ kerana menerima layanan yg buruk. Dia ~ kpd anaknya yg sering mencuri duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radang (adjektif)
1. Bersinonim dengan panas badan: gerah, meriang, palak,

2. Dalam konteks ransangan
bersinonim dengan kemerah-merahan, bengkak, sakit,

Kata Terbitan : meradang, meradangkan, kemeradangan, peradang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RADANG

Radang ialah keadaan luar biasa tisu

sebahagian badan manusia yang menjadi

bengkak, panas, berwarna kemerahan, dan terasa

sakit. Gejala ini timbul akibat tindak balas badan

kepada pengganggu fizikal atau kimia atau

kepada agen jangkitan seperti bakteria.

UMUM 
KRUP

Krup ialah radang laluan udara di tekak dan tenggorok.

Apabila penyakit ini menyerang, membran

mukus di kawasan ini menjadi radang dan bengkak,

membataskan aliran udara.

UMUM 
NEFRITIS

Nefritis , asalnya dikenali sebagai penyakit Bright,

adalah nama umum bagi beberapa penyakit radang

buah pinggang. Glomerulonefritis ialah penyakit

yang selalunya dikenali sebagai nefritis. Ia

melibatkan radang glomeruli (unit penapisan) buah

pinggang. Keradangan biasanya mengurangkan

jumlah air kencing yang dihasilkan oleh buah

pinggang, menyebabkan bahan pembuangan yang

biasanya dibuang di dalam air kencing, berkumpul

di dalam badan. Glomerulonefritis yang teruk atau

berterusan boleh menyebabkan kerosakan yang

serius atau berkekalan pada buah pinggang.

UMUM 
APENDISITIS

Apendisitis ialah radang apendiks vermiform

(lihat Apendiks ). Ia terjadi akibat jangkitan bakteria.

Apendiks menjadi bengkak dan berisi nanah. Nanah

mungkin terkumpul dan menyebabkan abses. Atau

apendiks mungkin pecah, menyebabkan jangkitan

merebak ke organ badan di sekelilingnya. Ia juga

boleh menyebabkan peritonitis , radang selaput

yang melapisi rongga abdomen (lihat Peritonitis ).

UMUM 
NEURITIS

Neuritis ialah radang saraf yang disebabkan

oleh penyakit atau kecederaan. Keadaannya yang

menyakitkan boleh memberi kesan kepada satu

atau banyak saraf. Ia kadangkala dikelirukan oleh

gangguan yang dikenali sebagai neuralgia (lihat

Neuralgia ).

UMUM 
DERMATITIS

Dermatitis ialah radang kulit yang menyebabkan

gatal atau melecur. Ia menyebabkan kemerahan,

bengkak, lepuh, meleleh, kulit kasar atau kulit

bersisik. Ia mungkin disebabkan oleh geseran,

kepanasan, kesejukan, atau sinaran matahari.

Walau bagaimanapun, agen kimia adalah paling

biasa menyebabkan dermatitis.

UMUM 
PLEURISI

Pleurisi ialah istilah umum bagi radang pleura

iaitu membran yang melapisi bahagian dalam dada

dan menutupi paru-paru.

UMUM 
EKZEMA

Ekzema ialah gangguan kulit yang dicirikan

oleh gatal-gatal dan keradangan. Kulit yang

radang mungkin kering, bengkak dan keras, atau

mungkin mengeluarkan cecair.

UMUM 
PERITONITIS

Peritonitis ialah keradangan peritoneum , iaitu

membran nipis yang melapisi rongga abdomen. Ia

merupakan sejenis penyakit yang boleh membawa

maut. Peritoneum boleh menjadi radang jika

diserang oleh bakteria atau direngsa oleh bahan

asing.

UMUM 
ASPIRIN

Aspirin, juga dikenali sebagai asid asetilsalisilik ,

ialah salah satu ubat yang paling biasa digunakan

di dunia. Ia membantu melegakan sakit akibat

pening dan artritis dan mengurangkan demam

akibat infeksi. Ia juga melegakan radang yang

disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Di

samping itu, aspirin mengganggu pembekuan

darah, dan dengan itu ia berguna bagi mencegah

serangan jantung, sesetengah strok dan

gangguan-gangguan lain yang melibatkan

pembekuan darah. Ia adalah ramuan aktif dalam

banyak jenama dagang, pelega sakit tanpa

preskripsi.

UMUM 
12

Kembali ke atas