Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat me­le­paskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1 panas badan spt ketika akan demam: naik ~ marah sekali; panas hati. 2 bengkak yg agak merah dan terasa sakit kerana dijangkiti kuman: ~ lidah (penyakit) bengkak pd lidah. ~ paru-paru (penyakit) bengkak pd paru-paru. meradang 1 berasa panas badan: Badannya ~. 2 naik radang; panas hati: Mereka ~ kerana menerima layanan yg buruk. Dia ~ kpd anaknya yg sering mencuri duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radang (adjektif)
1. Bersinonim dengan panas badan: gerah, meriang, palak,

2. Dalam konteks ransangan
bersinonim dengan kemerah-merahan, bengkak, sakit,

Kata Terbitan : meradang, meradangkan, kemeradangan, peradang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blepharoconjunctivitisblefarokonjunktivitisPerubatanTiadaRadang kelopak dan radang konjunktivitis.
chorionitiskorionitisPerubatanTiada1. Radang korium, lalu menyebabkan sklerodermia.,2. Radang plasenta.
epicondylitisepikondilitisSains SukanBiomekanikRadang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan.
pleuropneumoniapleuropneumoniaBiologiMikrobiologi1. Radang pleura dan paru-paru. 2. Penyakit menular pada lembu yang disebabkan oleh Mycoplasma mycoides. Gejalanya ialah pneumonia, kahak berfibrin, dan radang pleura.
herpesherpesBiologiMikrobiologiRadang akut yang berjangkit pada sistem saraf, bahagian kulit, dan membran mukosa yang disebabkan oleh virus kumpulan koksakia A. Gejala penyakit ini bermula dengan demam mengejut, dan diikuti dengan pembentukan vesikal dan radang lecuh.
eruption gingivitisgingivitis pengeruptanPergigianTiadaRadang gusi pada kawasan di sekeliling gigi yang baru tumbuh. Keradangan ini disebabkan proses penyesuaian gusi dengan gigi yang baru tumbuh dan juga boleh disebabkan makanan yang mula masuk di krevis gigi tersebut. Biasanya, keradangan akan hilang apabila gigi erupt sepenuhnya. Pesakit mesti memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan mulut untuk mencegah radang menjadi lebih teruk.
tempersepuh;radangPendidikanTiadaTiada
inflammed (skin)radangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
tempersepuh;radangKesenianTiadaTiada
temper displaytunjuk radangPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas