Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dar] | رادر

Definisi : alat utk mengesan arah dan jarak jauh kapal (kapal terbang dll) dgn gelombang radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dar] | رادر

Definisi : alat utk mengesan arah dan jarak jauh kapal terbang dll dgn gelombang radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radar (kata nama)
Bersinonim dengan pengesan, pencari, peninjau.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radar astronomyfalak radar/astronomi radarMatematikTiadaKajian jasad samawi dalam sistem suria dengan menggunakan radar.
cloud-detection radarradar pengesan awanSainsHidrometeorologiJenis radar cuaca yang direka bentuk khas untuk mengesan awan (bukan kerpasan). Radar ini menggunakan frekuensi radio hampir 30 000 megakitaran/saat yang bersepadanan dengan kepanjangan gelombang sekitar 1 cm (jalur K). Kepanjangan gelombang pendek penting bagi radar ini untuk mendapatkan serakan yang baik daripada titisan kecil yang membentuk awan. Cekak gelombang dipancarkan kepada zenith; oleh itu, hanya awan dan kerpasan yang secara langsung merentasi atas dari radar sahaja yang dapat dikesan.
Doppler radarradar DopplerGeologiTiadaRadar yang menggunakan anjakan Doppler sesuatu gema yang disebabkan oleh gerakan relatif sasaran dan radar untuk membezakan sasaran tetap dengan sasaran bergerak dan mengukur halaju sasaran.
Doppler radarradar DopplerFizikModenRadar yang menggunakan anjakan Doppler sesuatu gema yang disebabkan oleh gerakan relatif sasaran dan radar untuk membezakan sasaran tetap daripada sasaran bergerak, dan untuk mengukur halaju sasaran.
radar meteorologymeteorologi radarSainsHidrometeorologiCabang meteorologi yang berkaitan dengan penggunaan radar untuk mengukur angin radar dan untuk mengesan unsur awan dan unsur kerpasan. Unsur kerpasan digunakan sebagai bantuan ramalan langsung dan untuk kajian terperinci struktur kawasan kerpasan.
radarradarSainsHidrometeorologiKaedah yang menggunakan radio bagi penentuan arah dan jarak sesuatu objek di stesen tunggal. Dalam sistem seumpama ini jarak ditentukan oleh masa perjalanan semboyan dari stesen ke objek dan balik. Istilah radar diterbitkan daripada singkatan radio detection and range. Radar terdiri daripada pemancar radio jenis istimewa dan penerima yang ditempatkan di tempat yang sama dan selalunya menggunakan antena yang sama. Tenaga radio yang dipancarkan oleh alat pemancar dan difokuskan oleh antena merambat melalui atmosfera dalam cekak yang kecil. Dalam perjalanannya melalui atmosfera, objek yang terdapat dalam laluannya akan memantul, menyelerak, dan menyerap tenaga. Sebahagian kecil tenaga terpantul dan berselerak, iaitu semboyan sasaran, akan berbalik mengikut laluan yang sama melalui atmosfera dan dipintas oleh antena penerima.
acoustic radarradar akustikFizikAkustikRadar yang digunakan dalam teknik pengukuran yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengesan atmosfera lapisan bawah dan juga mengukur halaju angin dan kelembapan.
ship radarradar kapalKejuruteraan AutomotifTiadaRadar dalam kapal laut yang digunakan untuk mengesan sebarang objek di sekitar kapal.
weather radarradar cuacaKejuruteraan AutomotifTiadaRadar dalam pesawat atau di darat yang digunakan untuk mengesan keadaan cuaca, petir, guruh, dan lain-lain.
laser radarradar laserKejuruteraanTiadaSistem radar yang menggunakan laser bertenaga tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas