Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.das] | رادس

Definisi : alat, perkakas: makmal merupakan bengkel yg istimewa dan di dalamnya ada perkakas sains atau ~; beradas menggunakan radas, ada radas: permanian ~ dijalankan terhadap binatang utk mendapatkan baka yg lebih baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.das] | رادس

Definisi : alat yg digunakan utk bekerja atau utk mengerjakan sesuatu; perkakas: Semua ~ utk eksperimen itu telah disediakan. beradas ada radasnya; menggunakan radas: permanian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radas
Rujuk :alat


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
radasapparatusAlat yang digunakan dalam sesuatu eksperimen di dalam makmal.Menengah Rendah
potometerpotometerRadas makmal yang digunakan untuk mengukur kadar transpirasi tumbuhan.Menengah Rendah
penunu BunsenBunsen burnerRadas yang digunakan dalam makmal sains untuk membekalkan api bagi pemanasan.Menengah Rendah
neraca inersiainertial balanceRadas yang digunakan untuk menentukan hubung kait antara jisim dengan inersia. Lihat RajahMenengah Atas
angkup verniervernier calliperRadas yang digunakan di dalam makmal dan industri bagi mengukur secara tepat panjang objek, diameter luar objek yang bulat atau silinder dan diameter dalam paip. Lihat RajahMenengah Atas
bandul BartonBarton’s pendulumSatu set radas bandul yang terdiri daripada beberapa bandul ringkas yang berlainan panjang tetapi dua daripadanya sama panjang. Set bandul ini digunakan dalam uji kaji resonans fizik. Lihat RajahMenengah Atas
kaki retortretort standSejenis tiang besi tempat meletakkan radas dengan disokong oleh sejenis penyepit berskru. Lihat RajahSekolah Rendah
makmallaboratoryTempat khas untuk menjalankan eksperimen yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti bahan kimia, radas makmal dan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api.Menengah Rendah
permanian beradasartificial inseminationKaedah memasukkan mani, atau sperma, ke dalam salur pembiakan haiwan betina dengan menggunakan alat atau radas.Menengah Atas

Kembali ke atas