Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.das] | رادس

Definisi : alat, perkakas: makmal merupakan bengkel yg istimewa dan di dalamnya ada perkakas sains atau ~; beradas menggunakan radas, ada radas: permanian ~ dijalankan terhadap binatang utk mendapatkan baka yg lebih baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.das] | رادس

Definisi : alat yg digunakan utk bekerja atau utk mengerjakan sesuatu; perkakas: Semua ~ utk eksperimen itu telah disediakan. beradas ada radasnya; menggunakan radas: permanian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radas
Rujuk :alat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electrolytic apparatusradas elektrolitikKimiaTiadaRadas yang terdiri daripada bateri dan dua elektrod yang dicelup di dalam larutan atau leburan elektrolit.
extraction apparatusradas pengekstrakanKimiaTiadaRadas, misalnya corong pemisah, yang digunakan untuk mengekstrak juzuk yang dikehendaki daripada campuran.
preset apparatusradas prasetKejuruteraanTiadaRadas untuk menghasilkan sinar x dengan nilai voltan, arus dan masa boleh diset dengan tepat sebelum pendedahan.
manometermanometerKimiaKimia AnalisisRadas untuk mengukur tekanan gas. Radas ini berbentuk U dan diisi dengan cecair yang sesuai seperti raksa.
distillation flaskkelalang penyulinganKimiaTiadaRadas makmal berdasar bulat yang mempunyai ujuran tiub di sisi lehernya. Radas kaca ini digunakan dalam proses penyulingan di dalam makmal. Lihat juga penyuling.
telemeteographtelemeteografMeteorologiMeteorologi PerhubunganAlatan meteorologi, seperti radiosond, yang radas perakamannya terletak jauh dari radas pengukur.
hot water funnelcorong air panasKimiaTiadaRadas untuk menuras larutan panas, yang menggunakan corong dengan dua dinding dan dipanaskan dengan meniup stim melalui radas.
fireclay trianglesegi tiga tanah liat apiKimiaTiadaRadas makmal yang dibuat daripada tiga tanah liat tahan api disambung bersama, dan digunakan untuk menyokong radas lain semasa dipanaskan dengan menggunakan api.
line oilerpeminyak talianKejuruteraanKejuruteraan MekanikRadas yang dipasang pada paip talian yang digunakan untuk menyuntik minyak pelincir ke dalam udara atau stim. Minyak disuntik untuk meningkatkan ciri pelinciran udara atau stim. Contohnya, radas ini dipasang dalam talian gerudi dan pemutar skru pneumatik.
plug flowaliran palamKejuruteraanTiadaCorak aliran terunggul apabila zarah-zarah bendalir yang berturutan mengalir melalui radas dengan urutan yang sentiasa sama dengan urutan ia masuk ke radas itu, iaitu tanpa pencampuran balik.
12345678910...

Kembali ke atas