Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dén] | رادين

Definisi : (radén) Jw 1. gelaran putera dan puteri raja; 2. panggilan atau sebutan keturunan raja (yg sudah jauh); ~ ajeng gelaran anak perempuan bangsawan; ~ ayu gelaran wanita bangsawan (yg telah bersuami); ~ mas gelaran anak laki-laki bangsawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dén] | رادين

Definisi : /radén/ 1 gelar putera dan puteri raja-raja Jawa. 2 panggilan bagi orang yg berketurunan raja Jawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raden

Puisi
 

Raden Inu memangku puan,
     Puan dipangku cincin suasa;
Hatiku rindu kepada tuan,
     Hendak kupesan tiada siapa.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Edy Raden. Isu ejaan betul dan ejaan salah. Istirahat tu idea siapa? Dh elok istirehat bukan? Se-Malaysia.. x perlulah bersempang bagai.. dan byk ejaan yg dipaparkn td menunjukkn pengubahnya mempunyai idea dan pendirian yg tidak tetap dan berfantasi yg mengarut..Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah se-Malaysia. Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contoh lain: se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan27.02.2015
Raden Muhammad Mar 7th, 11:13am asalammualaikum.. saya raden muhammad azrul amirrullah,ingin mendapatkan manuskrip UUK (Undang-undang Kedah). Masih adakah cetakannya dan berapa harga untuk memilikinya? terima kasih Dewan Bahasa Dan Pustaka.Waalaikumsalam. Sekiranya encik memerlukan buku tersebut dan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung jualan buku DBP, encik bolehlah menghubungi petugas di kaunter Kedai Buku Koperasi DBP di talian 03-21479636. Terima kasih.Lain-lain09.03.2015
Apakah maksud dipersembah dan dipersembahkan? Sila nyatakan kegunaaan dua perkataan ini dalam ayat yang lengkap.Kata yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2025) ialah kata mempersembahkan dan dipersembahkan, yang diberikan takrif seperti yang berikut:

mempersembahkan kata kerja transitif [kata pasif: dipersembahkan, persembahkan]
1 menyampaikan (sesuatu berita, surat dan sebagainya) dengan takzim dan penuh hormat; menyembahkan.
Contoh penggunaan
Maka menteri itu pun mempersembahkan hal tersebut kepada Betara Raden Merpati.
Dengan segera perkara itu pun dipersembahkan kepada Sang Nila Utama.

2 bahasa kiasan 
menunjukkan atau menayangkan (tarian, filem dan sebagainya) kepada seseorang  atau khalayak.
Contoh penggunaan
Pelajar mempersembahkan tarian tradisional masyarakat di Sarawak semasa program tersebut.
Skrip drama yang telah ditulis akan dipersembahkan di atas pentas.
Makna30.10.2023
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda

Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda  mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan pengantarabangsaan.

2.  Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­-unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang

3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll).

 

 

Makna23.02.2009

Kembali ke atas