Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dén] | رادين

Definisi : (radén) Jw 1. gelaran putera dan puteri raja; 2. panggilan atau sebutan keturunan raja (yg sudah jauh); ~ ajeng gelaran anak perempuan bangsawan; ~ ayu gelaran wanita bangsawan (yg telah bersuami); ~ mas gelaran anak laki-laki bangsawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dén] | رادين

Definisi : /radén/ 1 gelar putera dan puteri raja-raja Jawa. 2 panggilan bagi orang yg berketurunan raja Jawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raden

Puisi
 

Raden Inu memangku puan,
     Puan dipangku cincin suasa;
Hatiku rindu kepada tuan,
     Hendak kupesan tiada siapa.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RADEN NGABEHI RANGGAWARSITARADEN NGABEHI RANGGAWARSITA (1802–1873), pujangga Jawa Lama, Indonesia. Dia lahir pada 4 Mac 1802 di Kampung Kedhung Kol, Surakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagus Burham tetapi nama ini terus tenggelam kerana dia lebih cenderung menggunakan gelaran Raden Ngabehi Ranggawarsita yang diperolehnya sewaktu menyandang jawatan Panewu Carik Kadipaten (Pujangga Istana) pada tahun 1831. Gelaran Kiai Sarataka yang diperolehnya pada tahun 1820-an juga tidak digunakanSASTERATokoh
KARTINI, RADEN AJENG

Kartini, Raden Ajeng (1879–1904), salah seorang

wanita pertama Indonesia yang berkempen untuk

mendapatkan pendidikan, kebebasan dan

kemerdekaan yang lebih untuk kaum wanita.

UMUM 
RADEN ADJENG KARTINI

RADEN ADJENG KARTINI, (1879 – 1904 ), nasionalis dan pelopor emansipasi wanita Indonesia. Dia lahir pada 12 April 1879 di Mayong, Jepara, Jawa Tengah, Indonesia. Dia anak kelima R.M. Adipati Ario Sosrodiningrat, bupati Jepara, dan cucu kepada Pangeran Ario Tjondronegoro, bupati Demak yang terkenal kerana sifatnya yang sentiasa inginkan kemajuan. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CERITA PANJI

CERITA PANJI, cerita roman atau pengembaraan yang berasal dari Jawa. Inti cerita panji berpusat pada dua buah kerajaan Jawa kuno iaitu Kuripan dan Daha dengan watak utamanya Raden Inu Kertapati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Cerita ini lahir pada Zaman Jawa Tengahan, iaitu pada zaman kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Majapahit di Jawa Timur. Meskipun terdapat cerita panji Melayu, Siam dan Kemboja, tetapi perbezaannya terletak hanya pada bahasanya, sedangkan ceritanya hampir tidak berbeza daripada cerita panji Jawa.

           

SASTERAKonsep
SUNAN DERAJATSUNAN DERAJAT ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia.  Dia lahir di Ampel. Nama sebenarnya ialah Raden Syariffudin.  Ada sumber menyatakan nama sebenarnya ialah Raden Qasim.  Sunan Derajat adalah salah seorang ahli Walisongo yang telah berjasa dalam mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15.  Bapanya bernama Sunan Ampel, manakalanya ibunya bernama Dewi Candrawati.  Sunan Derajat juga adik Raden Makhdum Ibrahim atau Sunan Bonang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH

SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (1455 – 1488), Sultan Melaka (1477 – 1488).  Baginda diputerakan di Melaka.  Merujuk beberapa versi dan resensi teks Sejarah Melayu, nama sebenar baginda ialah sama ada Raja Hussein, Raja Ahmad atau Raja Raden.  Ada sumber menyebut baginda beribukan wanita Jawa.  Sebelum merajai Melaka, baginda dikatakan menjadi ‘ratu’ di Klang, dan bergelar Ratu atau Raden di Klang.  Gelaran ratu atau raden mengukuhkan unsur-unsur kejawaan yang ada pada baginda.  Baginda ditabalkan sebagai Sultan Melaka selepas ayahandanya Sultan Mansur Syah mangkat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN HAMENGKU BUWONO IXSULTAN HAMENGKU BUWONO IX (1912-1988), Sultan dan Kepala Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Baginda diputerakan pada 12 April 1912 di Yogyakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Gusti Raden Mas Dorodjatun. Sejak berusia empat tahun, Dorodjatun tidak pernah dididik di lingkungan keraton. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Frobel. Dalam usia enam tahun, baginda bersekolah di Europese Lagere School (ELS). Setelah tamat, baginda melanjutkan pelajarannya di Hogere Burger School (HBS) di Semarang, kemudian pindah ke HBS di Bandung.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJARTUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? – ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka.  Nama asalnya ialah Raden Bagus.  Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka.  Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama.  Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun  Perpatih Peramuka Berjajar.  Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUNAN MURIASUNAN MURIA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Raden Umar Said.  Seperti bapanya, Sunan Kalijaga, Sunan Muria, juga salah seorang ahli Walisongo yang terkenal di Jawa pada abad ke-15.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUNAN KALIJAGASUNAN KALIJAGA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Raden Said atau Saka Setia.  Dia adalah anak Tumanggung Wilatika, Adipati Tuban.  Datuknya, Aria Teja III, sudah memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia telah menerima didikan Islam sejak kecil lagi.  Malah masa remajanya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab suci al-Qur’an serta mendalami ilmu agama.  Sunan Kalijaga adalah salah seorang ahli Walisongo Tanah Jawa yang berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15.  Dia adalah ulama yang sezaman dengan Sunan Bonang dan Sunan Ampel yang kedua-duanya adalah gurunya.  Dia juga pernah berguru kepada Syekh Sutabaris, seorang ulama di Palembang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas