Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyo­kong atau cenderung kpd) perubahan-per­ubah­an dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekira-kira dapat mempe­ngaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mem­punyai elektron luar yg tidak ber­pasang­an, lazimnya sangat reaktif; meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatu­an sekerja yg tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalaman­nya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1 berkaitan dgn dasar atau asasnya (menyeluruh dan menjejaskan): perubahan yg ~. 2 cenderung kpd perubahan asas (dasar): puak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : ist kumpulan atom spt (NH4)+ dll yg bertindak sbg satu atom dlm tindakan kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ekstrem, pelampau, revolusioner, subservif;,
Kata Terbitan : keradikalan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RADIKAL UMUM 
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 
PERIKATAN NASIONAL INDONESIAParti politik beraliran nasionalis radikal di Indonesia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SHEKHAR, CHANDRA

Shekhar, Chandra (1927– ), ahli politik radikal India, berkhidmat sebagai Perdana Menteri India

dari tahun 1990 hingga tahun 1991. Dia telah

menjadi Presiden Parti Janata dari tahun 1977

hingga tahun 1988.

UMUM 
ANABAPTIS

Anabaptis merupakan  bentuk sayap radikal

Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa

gereja merupakan perkumpulan manusia yang

disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan,

dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai

pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan

kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk

memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka

anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka

membaptis orang dewasa yang telah dibaptis

semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan

kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan

idea pemisahan gereja dan negeri.

UMUM 
MARAT, JEAN PAUL

Marat, Jean Paul (1743–1793) ialah pemimpin

radikal Revolusi Perancis. Dia menambahkan

kekejaman revolusi tersebut dengan mendesak

supaya penentang revolusi dibunuh.

UMUM 
BONIFACIO, ANDRES

Bapa Kataataasan Kagalanggalan Katipunan Mga Anak ng Bayan (Katipunan), sebuah pertubuhan radikal bertujuan menyatupadukan orang Filipina dan membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol, dan dia juga dianggap Bapa Revolusi Filipina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULFAT

Sulfat ialah sebatian kimia yang mengandungi

kumpulan tertentu atom, sulfur dan oksigen.

Kumpulan ini dikenali sebagai radikal sulfat (SO4

2—).

Biasanya, sulfat adalah sebatian yang stabil, yang

terbentuk dalam bentuk hablur. Sulfat biasa adalah

selestit, iaitu sulfat strontium; garam Epson, iaitu sulfat

magnesium; gipsum, iaitu sulfat kalsium dan spar

berat, iaitu sulfat barium. Banyak sulfat larut dalam

air, tetapi sesetengahnya seperti sulfat-sulfat barium,

strontium, dan plumbum, tidak larut dalam air.

UMUM 
KOMPLOT RUMAH RYE

Komplot Rumah Rye ialah rancangan

yang direka oleh anggota radikal Parti Whig

Inggeris pada tahun 1682 dan tahun 1683.

Pengkomplot merancang untuk membunuh

Charles II, raja England, dan adik lelakinya James,

Duke of York, penganut Roman Katolik dan

pewaris takhta.

UMUM 
BROWN, JOHN

Brown, John (1800–1859) ialah radikal

Amerika yang cuba memansuhkan perhambaan.

Percubaannya untuk membebaskan hamba

telah menyebabkan beberapa orang kehilangan

nyawa dan secara tidak langsung menyebabkan

meletusnya Perang Saudara Amerika (1861–1865).

UMUM 
123

Kembali ke atas