Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyo­kong atau cenderung kpd) perubahan-per­ubah­an dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekira-kira dapat mempe­ngaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mem­punyai elektron luar yg tidak ber­pasang­an, lazimnya sangat reaktif; meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatu­an sekerja yg tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalaman­nya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1 berkaitan dgn dasar atau asasnya (menyeluruh dan menjejaskan): perubahan yg ~. 2 cenderung kpd perubahan asas (dasar): puak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : ist kumpulan atom spt (NH4)+ dll yg bertindak sbg satu atom dlm tindakan kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ekstrem, pelampau, revolusioner, subservif;,
Kata Terbitan : keradikalan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
radicalradikalradikalakar/radikalLinguistik
philosophical radicalradikal berfalsafahradikal berfalsafahradikal berfalsafahSains Politik
oxygen radicalradikal oksigenradikal oksigenradikal oksigenVeterinar
free radicalsradikal bebasradikal bebasradikal bebasPerubatan
radical mastoidectomymastoidektomi radikalmastoidektomi radikalmastoidektomi radikalPerubatan
radical prostatectomyprostatektomi radikalprostatektomi radikalprostatektomi radikalPerubatan
radical mastectomymastektomi radikalmastektomi radikalmastektomi radikalPerubatan
radical feminismfeminisme radikalfeminisme radikalfeminisme radikalKesusasteraan
radical politicianpolitikus radikalahli politik radikalahli politik radikalSains Politik
mass radical treatmentrawatan radikal masalrawatan radikal massarawatan radikal massaPerubatan
12

Kembali ke atas