Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyo­kong atau cenderung kpd) perubahan-per­ubah­an dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekira-kira dapat mempe­ngaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mem­punyai elektron luar yg tidak ber­pasang­an, lazimnya sangat reaktif; meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatu­an sekerja yg tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalaman­nya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1 berkaitan dgn dasar atau asasnya (menyeluruh dan menjejaskan): perubahan yg ~. 2 cenderung kpd perubahan asas (dasar): puak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : ist kumpulan atom spt (NH4)+ dll yg bertindak sbg satu atom dlm tindakan kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ekstrem, pelampau, revolusioner, subservif;,
Kata Terbitan : keradikalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radical scavengerpengaut radikalHerbaFitokimiaSebarang sebatian yang bertindak untuk memusnahkan radikal bebas dengan cara mendermakan elektron untuk menukar radikal bebas kepada spesies bercas negatif atau anion, atau mengabstrak elektron tunggal pada radikal untuk menjadikannya spesies bercas positif atau kation. Anion selanjutnya akan membentuk molekul neutral dengan cara pemprotonan. Bagi kation pula, kehilangan proton akan menghasilkan alkena, manakala penggabungan dengan anion akan menghasilkan terbitan seperti alkohol atau alkoksida. Kebanyakan pengaut radikal yang terdapat dalam tumbuhan adalah seperti vitamin C, vitamin E dan ß-karotena.
radical politicianahli politik radikalSains PolitikPolitik PerbandinganAhli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal.
radical reactiontindak balas radikalHerbaFitokimiaProses yang melibatkan pemecahan dan pembinaan ikatan kimia secara simetri. Dalam tindak balas pemecahan ikatan, masing-masing pecahan molekul yang dikenali sebagai radikal bebas membawa satu elektron tidak berpasang. Dalam tindak balas pembentukan ikatan, radikal bebas membentuk ikatan secara bergabung dengan radikal bebas lain untuk menghasilkan sebatian neutral atau bertindak balas dengan ikatan ganda untuk menghasilkan satu radikal bebas baru, yang seterusnya bertindak seperti radikal bebas lain. Tindak balas berterusan ini dikenali juga sebagai tindak balas rantai. Lihat juga radikal bebas.
antioxidantbahan antioksidaHerbaFitokimiaBahan yang melindungi tisu daripada kerosakan dengan melenyapkan radikal bebas. Bahan ini mendermakan elektron kepada radikal bebas dan menjadikan radikal bebas tersebut tidak aktif.
free radicalradikal bebasHerbaFitokimiaMolekul atau pecahan molekul yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan pada salah satu atomnya. Contohnya, radikal bebas yang dihasilkan daripada pengautooksidaan. Radikal bebas biasanya sangat reaktif dan berhayat pendek. Kehadiran radikal bebas yang terlalu banyak dan tidak terkawal dalam sistem biologi boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
saurated hydrocarbonhidrokarbon tepuKejuruteraanPetroleumSebatian organik atau hidrokarbon yang mempunyai hanya ikatan tunggal di antara atom-atom karbon yang berdekatan dalam struktur molekulnya. Valensi atom karbon yang tidak mempunyai ikatan sesama atom karbon akan membuat ikatan dengan atom hidrogen. Sebatian ini tidak boleh bergabung dengan atom-atom atau radikal-radikal lain kecuali setelah melepaskan atom hidrogen yang setara dengan atom-atom radikal berkenaan. Contohnya termasuklah parafin, hidrokarbon naftena dan sebagainya.
amidoamidoFizikNanoteknologiSebatian amidohidrolase yang mempunyai radikal NH2 dan radikal CO. Bahan ini mudah dikesan melalui spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR). Amido digunakan dalam proses pencelupan kain sutera, bulu dan fiber buatan.
unsaturated hydrocarbonhidrokarbon tak tepuKejuruteraanPetroleumSebatian hidrokarbon yang mempunyai bukan sahaja ikatan tunggal tetapi juga ikatan dubel, ikatan tripel dan seterusnya di antara atom-atom karbon yang berdekatan. Dengan demikian, kuasa penggabungan trtinggi pada setiap atom karbon yang terlibat belum tercapai sehingga labih banyak atom hidrogen atau radikal-radikal lain boleh bergabung dengan atom karbon berkenaan. Sebatian ini sangat reaktif dan jika bertindakbalas dengan klorin akan menghasilkan cecair berminyak. Sedikit sekali dijumpai di dalam minyak mentah, tetapi banyak sekali terbentuk dalam proses peretakan petroleum. Contohnya anggota-anggota siri olefin dan siri olefin.
free radicalradikal bebasKimiaTiadaAtom atau kumpulan atom yang mempunyai elektron valens tak berpasangan, lazimnya sangat reaktif dan berhayat singkat. Radikal ini berkeupayaan menjadi pemula atau perantara dalam pelbagai tindak balas kimia secara mekanisme rantai. Radikal bebas dapat dihasilkan daripada homolisis ikatan kovalen secara fotolisis atau pirolisis. Radikal bebas ini ditandakan dengan titik tengah seperti C1· dan CH3· dalam bentuk formula.
oxygen reaction speciesspesies oksigen reaktifHerbaFitokimiaMolekul yang terdiri daripada unsur oksigen yang merosakkan biomolekul dalam badan dan menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti karsinogenesis, mutagenesis, penuaan dan arteriosklerosis. Molekul ini termasuklah radikal superoksida, oksigen singlet, radikal hidrogen peroksida, radikal hidroksik dan anion superoksida.
12345678910...

Kembali ke atas