Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio] | راديو

Definisi : 1. pemancaran (penghantaran, pengirim­an, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu teng­gelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perka­kas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instru­men­tal yg lembut; kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana; meradiokan menghebahkan (mengumum­kan, menyiarkan) melalui radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio] | راديو

Definisi : 1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gelombang radioradio waveGelombang elektromagnet yang mempunyai julat panjang gelombang 10-1 m hingga 106 m.Menengah Atas
pembiasanrefractionProses serakan sinaran atau gelombang radio sewaktu bergerak daripada satu permukaan ke satu permukaan yang lain. Lihat RajahSekolah Rendah
modulasi amplitudamplitude modulationModulasi yang melibatkan perubahan amplitud gelombang pembawa frekuensi radio, bersesuaian dengan isyarat yang dipancarkan.Menengah Atas
perintang boleh ubahvariable resistorPerintang yang boleh mengawal aliran arus elektrik dalam litar elektrik. Contohnya, penggunaan pada alat ubah bunyi radio atau televisyen.Menengah Rendah
wayar hiduplive wireWayar yang disambungkan kepada punca kuasa elektrik untuk mengalirkan tenaga elektrik kepada perkakas elektrik seperti televisyen dan radio. Sarung penebat wayar hidup berwarna merah atau coklat.Menengah Atas
wayar hiduplive wireWayar yang disambungkan kepada punca bekalan kuasa elektrik untuk mengalirkan arus elektrik kepada perkakas elektrik seperti televisyen dan radio. Sarung penebat bagi wayar hidup berwarna coklat.Menengah Rendah

Kembali ke atas