Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio] | راديو

Definisi : 1. pemancaran (penghantaran, pengirim­an, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu teng­gelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perka­kas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instru­men­tal yg lembut; kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana; meradiokan menghebahkan (mengumum­kan, menyiarkan) melalui radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio] | راديو

Definisi : 1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
net radioradio jaringanTeknologi MaklumatTiadaSejenis siar web yang menggunakan penstriman teknologi audio untuk menyampaikan siaran radio melalui Internet. Pengguna memerlukan aplikasi penstriman audio seperti RealPlayer sebelum melawati tapak web radio jaringan. Teknologi ini amat popular di kalangan stesen radio kampus universiti di negara-negara maju kerana murah dan boleh dinikmati lebih ramai lagi pendengar. Radio jaringan ialah contoh teknologi tolak.
amature radioradio amaturSosiologiTiadaPemancaran atau penerimaan isyarat radio dalam julat khas untuk kegunaan persendirian. Sinonim: Ham radio.
radio windowjendela radioMatematikTiadaJendela atmosfera yang panjang gelombangnya antara satu milimeter hingga 30 meter, oleh itu membolehkan gelombang radio bertenaga tinggi daripada sumber radio samawi diterima teleskop radio di bumi.
molecular-line radio astronomyfalak radio garis molekul/astronomi radio garis molekulMatematikTiadaKajian tentang kawasan samawi yang mengandungi molekul melalui penggunaan pancaran radio dari molekul itu sendiri.
radio telescopeteleskop radioMatematikTiadaAlat untuk merakam dan mengukur pancaran frekuensi radio dari punca radio objek samawi.
radio meteorologymeteorologi radioMeteorologiMeteorologi PerhubunganCabang meteorologi yang meliputi perambatan tenaga radio melalui atmosfera dan penggunaan peralatan radio dan radar dalam meterorologi. Juga disebut meteorologi radio-elektrik.
radio holelohong radioSainsHidrometeorologiLenyapan kuat isyarat radio di suatu kedudukan di angkasa lepas sepanjang laluan radio udara-ke-udara atau udara-ke-bumi. Kesan ini disebabkan oleh pembiasan luar biasa gelombang radio.
radio holelohong radioMeteorologiMeteorologi PerhubunganLenyapan kuat isyarat radio disuatu kedudukan di angkasa lepas sepanjang laluan radio udara ke udara atau udara ke bumi. Kesan ini disebabkan oleh pembiasan luar biasa gelombang radio.
radio sunmatahari radioMatematikTiadaMatahari sebagaimana yang terakam pada teleskop radio. Oleh sebab pemancaran gelombang pendek radio yang berterusan itu berasal bukan sahaja dari matahari tampak itu sendiri, tetapi daripada kawasan luas di sekelilingnya, maka matahari radio mempunyai diameter yang ukurannya lebih daripada dua kali ganda ukuran diameter tompok matahari.
radio horizonufuk radioMeteorologiMeteorologi PerhubunganLokus pada titik-titik tempat sinaran terus pemancaran radio bertangen dengan permukaan bumi. Ufuk radio mengunjur ke bawah ufuk tampak dan ufuk geometri akibat pembiasan atmosfera normal. Ufuk radio berkurangan akibat perambatan piawai digantikan oleh perambatan subpiawai atau bertambah akibat perambatan adipiawai.
12345678910...

Kembali ke atas