Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio.ak.tif] | راديواکتيف

Definisi : berkaitan dgn atau mengandungi bahan (mis uranium, radium, dll) yg meng­hasil­kan sinar (alfa, beta, dan gama) yg sangat kuat dan berbahaya; keradioaktifan sifat nuklid yg secara spon­tan memancarkan sinaran yg mengion. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio.ak.tif] | راديواکتيف

Definisi : ist mempunyai atom yg memecah dan mengeluarkan sinar dlm bentuk zarah bercas elektrik yg dpt menembusi benda legap dan memberi kesan elektrik (bkn unsur spt radium, uranium). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata radioaktif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Soalan saya ialah apakah terjemahan dalam bahasa Melayu yang tepat untuk frasa bahasa Inggeris "naturally-occuring radioactive materials"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi naturally-occuring radioactive materials ialah bahan radioaktif semula jadi.Penyemakan dan penterjemahan11.07.2021
1)apakah terjemahan istilah "over couch" dan "under couch" bagi jenis mesin fluoroskopi di hospital? 2) apakah terjemahan istilah "phantom" iaitu sejenis patung yang digunakan sebagai pengganti manusia ketika uji kaji klinikal dijalankan.Untuk makluman puan, perkataan "over couch" dan "under couch" tiada dalam pangkalan data kami. Dalam pangkalan data kami hanya terdapat perkataan "couch" yang membawa maksud kerusi katil.

Mengikut pangkalan data kami, padanan untuk "Phantom" ialah "Fantom" yang membawa maksud bahan yang dibina menyerupai bentuk sesuatu organ dan boleh memberi imej organ tersebut bila dimasukkan bahan radioaktif ke dalamnya.
Penyemakan dan penterjemahan24.10.2017

Kembali ke atas