Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ga] | راݢ

Definisi : 1. sj bakul yg diperbuat drpd bilah (rotan dll) utk mengisi barang dll: ia pergi ke pasar, tangannya membimbit ~; 2. buah ~ sj bola yg dianyam drpd rotan; bermain sepak ~ ber­main raga dgn menyepaknya dan menjaga supaya jangan jatuh ke tanah; (bermain) sepak ~ jaring bermain raga dgn mengguna­kan jaring; meraga sbg raga, kasap, berserabut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ga] | راݢ

Definisi : Jw badan: seolah-olah jiwa seni yg ada pd ~ Abdul Aziz dulu sungguh-sungguh telah bertukar; jiwa dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ga] | راݢ

Definisi : ; raga-raga sl, beraga, meraga mem­­­perlihat-lihatkan (menunjukkan) diri, ber­lagak, sombong, menyombongkan dirinya: akan kita ~ dgn bermain; memperagakan 1. mempamerkan (kpd bakal pembeli dll), menunjukkan (barang dagang­an) kpd orang ramai: peruncit harus menggunakan segala ruang dlm kedainya dgn sebaik-baiknya utk ~ barangannya; 2. memperlihat-lihatkan kebagusan diri (pakaian dll), mempamerkan, menunjuk-nunjukkan, melagakkan: gadis-gadis berjalan ke sana ke mari ~ pakaian mereka; 3. menunjuk-nunjukkan (kekayaan dll); peragaan perbuatan memperagakan sesuatu; peraga orang yg suka memperagakan diri, pesolek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ga] | راݢ

Definisi : 1 bakul yg dibuat drpd bilah buluh dll dan diberi bertangkai. 2 = buah ~ bola yg dianyam drpd rotan: bermain sepak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.ga] | راݢ

Definisi : badan: jiwa ~ jiwa dan badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.ga] | راݢ

Definisi : ; beraga, meraga me­nunjuk-nunjukkan diri; berlagak. memperagakan memperlihat-lihatkan kecantikan diri atau pakaian; menunjuk-nunjukkan kebagusan sesuatu: Beberapa orang peragawati telah ~ pakaian ciptaannya. peraga orang yg suka memperagakan diri; pesolek. peragawan orang lelaki yg memperagakan pakaian dll. peragawati orang perempuan yg memperagakan pakaian dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raga

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Jaras dikatakan raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ragaragaMuzikTiada

 Mod melodi muzik klasik India. Konsep raga merangkumi motif melodi, pic tertentu, omamentasi pic, bilangan not dan jeda. Jeda di antara satu not dengan not yang lain kadangkala berbeza bagi skel menaik dan skel menurun. Raga terdiri daripada motif melodi yang dikenali sebagai pakad dan oma­mentasi pada pic tertentu. Setiap raga berkaitan dengan masa, musim, jantina, emosi atau perasaan. Pusat pic dalam sesuatu raga dikenali sebagai vadi, sementara not kedua penting dike­nali sebagai samvadi. Silibal solfege untuk setiap pic disebut sa re ga ma pa dha ni. Sinonim rag.

ragaragaKesenianTiada2. Pola tonal muzik India.
ragaragaKesenianTiada1. Bakul kandung daripada bilahan rotan, buluh dianyam jarang, digunakan untuk mengangkut ikan, buah-buahan dan lain-lain.
raga masraga masKesenianTiadaMotif batik berunsur benda berbentuk raga yang disusun bersama motif tumbuhan dan haiwan, lazimnya terdapat pada batik sarung.
bunga ragabunga ragaKesenianTiadaMotif batik berunsur benda berbentuk raga terdapat pada batik sarung.
cement basketraga simenKejuruteraanPetroleumBekas yang dibuat daripada getah berbentuk corong yang dilengkapi dengan spring. Spring ini berfungsi untuk menekan rim bahagian atas ke arah dinding telaga. Raga ini dilekatkan dan diturunkan bersama selongsong apabila diperlukan. Tujuan pemasangannya adalah untuk melindungi formasi daripada pencemaran simen dan untuk menyimen sebahagian daripada selongsong iaitu selongsong yang terletak pada bahagian atas raga. Buburan simen dipam turun melalui selongsong dan keluar ke anulus melalui lubang-lubang yang disediakan pada selongsong di atas raga simen.
junk basketraga sarapKejuruteraanTiadaAlat berupa raga yang disambungkan pada hujung rentetan pancing bagi mengeluarkan sarap dari lubang telaga.
sargamsargamMuzikTiada

 Silibal solfege dalam raga muzik Hindustani, iaitu sa re ga ma pa dha ni. Lihat juga solfege, raga.

arohaarohaMuzikTiada

 Pic yang disusun atur secara menaik berturut-turut dalam raga atau mod melodi dalam muzik klasik India. Pic menaik dalam sesuatu raga tidak semestinya sama dengan pic yang menurun, iaitu avroha.

vadivadiMuzikTiada

Pic terpenting dalam sesuatu raga bagi muzik Hindustani. Setiap raga mempunyai dua pic penting, iaitu vadi dan samvadi. Lihat juga amsa, raga.

12345

Kembali ke atas