Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gi] | راݢي

Definisi : 1. sj bahan yg dibuat drpd beras dll utk menapai (tapai, arak, dll); 2. berjenis-jenis zat yg mengandungi ragi; beragi 1. menggunakan ragi: roti yg tidak ~; 2. berbuih, berbusa (kerana ragi), muai; meragi membubuh ragi (pd): utk membuat tapai, ubi kayu itu diragi dahulu; meragikan menjadikan ragi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gi] | راݢي

Definisi : warna (kain), corak (anyaman, batik, dll): kain tenunan ~ jawa; cantiknya ~ tikar ini; meragi mewarnai (kain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gi] | راݢي

Definisi : ; meragi 1. mengadun (rempah dll), mencampur: minta tolong dia ~ rempah kambing; 2. Kl mencampur sesuatu utk dibahagi sama rata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gi] | راݢي

Definisi : 1 bahan yg dibuat drpd beras dll dan digunakan utk membuat tapai (arak, roti dll). 2 berjenis-jenis zat yg ada ragi 1 di dlmnya. beragi 1 dicampur ragi; memakai atau menggunakan ragi: apam yg tidak ~. 2 berbuih kerana ragi; berbusa. meragi membubuh ragi (pd): Bahan itu diragi dahulu sebelum diperam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.gi] | راݢي

Definisi : warna kain; corak (anyaman, batik dll): kain tenun yg cantik ~nya. meragi mewarnai (kain dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ragi

Puisi
 

Tarik akar si ragi akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Bermaksud :

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

 

Lihat selanjutnya...(2)