Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gu.tan] | راݢوتن

Definisi : hasil meragut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ragutan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pastoral nomadismnomadisme pastoralGeografiTiadaKegiatan penternakan binatang ragutan yang sentiasa bergerak dari kawasan ragutan ke kawasan ragutan yang lain bagi mencari kawasan ragutan.
uncontrolled grazingragutan tak terkawalVeterinarTiadaKaedah ragutan dengan meletakkan ternakan dibiarkan meragut dalam sesuatu padang ragut dan tidak ditetapkan tempohnya. Jika bekalan rumput terhad atau dalam keadaan ragutan lampau, ternakan akan meragut hingga ke bahagian pangkal dan menyebabkan pertumbuhan semula menjadi lambat. Keadaan ini akan menggalakkan pertumbuhan rumpai liar yang tidak digemari ternakan hidup berleluasa. Dalam keadaan ini, ternakan berkemungkinan tidak mendapat makanan yang mencukupi. Dalam sesetengah keadaan, kawasan ragutan boleh menjadi gondol dan hakisan tanah akan berlaku.
grazing feebayaran ragutanPerhutananPengurusan HutanPerbezaan antara jumlah kos ragutan di atas tanah awam (terbuka) dan jumlah koa ragutan di atas tanah persendirian.
paddockpadokVeterinarTiadaKawasan berpagar yang digunakan sebagai tempat untuk haiwan meragut atau bersenam. Biasanya kawasan ragutan pastura dibahagikan kepada beberapa kawasan kecil untuk menempatkan ternakan dalam tempoh tertentu. Bagi perladangan yang mengamalkan sistem ragutan ekstensif, kawasan ragutan akan dibahagikan kepada beberapa petak supaya ternakan boleh ditempatkan dalam kawasan ini secara bergiliran. Kaedah ini dilakukan bagi memastikan rumput dalam sesuatu petak dapat tumbuh secukupnya sebelum diragut semula dan juga untuk mengelakkan serangan parasit. Bagi sesetengah ternakan seperti kuda, kawasan ini biasanya terletak berhampiran kandang yang berlantaikan tanah atau tanah yang ditutup pasir bagi membolehkan kuda bersenam.
set-stocking grazing systemsistem ragutan stok tetapVeterinarTiadaSistem ragutan yang memuatkan bilangan atau jumlah berat ternakan tertentu di dalam sesuatu kawasan bagi tempoh tertentu. Selepas tamat tempoh tersebut, kumpulan ternakan akan dipindahkan ke kawasan yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat juga keadaan apabila sebilangan ternakan ditempatkan secara berterusan di dalam sesuatu kawasan tersebut. Biasanya, kawasan ragutan tersebut akan dipastikan dapat menampung keperluan makanan ternakan berkenaan.
overgrazingragut lampauGeografiTiadaPerihal sebuah kawasan ragutan yang terdapat terlalu banyak binatang ragutan sehingga tumbuh-tumbuhan termusnah dan tidak dapat dibaik pulih.
exarationragutan aisGeografiTiadaTiada
overgrazingragutan berlebihanPertanianTiadaTiada
overbrowsingragutan melampauPerhutananTiadaTiada
grazingragutanGeografiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas