Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.him]/[ra.him] | رحيم

Definisi : Ar 1. belas kasihan: belas ~; kasihan ~; ia hidup mengikut ~ dan belas kasihan orang lain; 2. pengasih, penyayang; Allah yg ~ Allah Yang Maha Pengasih; merahimi menaruh belas kasihan pd, mengasihi, menyayangi; kerahiman perihal rahim (belas kasihan); rahman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.him]/[ra.him] | رحيم

Definisi : Ar organ pd perempuan dll utk me­ngan­dung anak, kandung(an), peranakan: ayah­nya meninggal ketika ia masih dlm ~ ibunya; ~ bunga ovari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.him]/[ra.him] | رحيم

Definisi : 1 belas kasihan: hidup dgn ~ orang. 2 pengasih, penyayang: Allah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.him]/[ra.him] | رحيم

Definisi : organ dlm tubuh perempuan tempat anak dikandung; kandung; peranakan. ~ bunga bahagian bunga yg terdapat biji bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rahim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAHIM RAZALI, DATO’ UMUM 
ABDUL RAHIM HAJI SALIMTokoh kewartawanan Melayu.SASTERATokoh
MARIAM RAHIMMARIAM RAHIM (1935 -     ), pelakon filem Singapura. Dia lahir pada 21 Ogos1935 di Jalan Dusun, Bali Setia Road, Singapura. Mariam Rahim atau nama sebenarnya Mariam Baharom juga dikenal dengan gelaran Mariam Tahi Lalat. Mariam mendapat pendidikan di sekolah dewasa sehingga Darjah Tiga. Ibunya berasal dari Mersing, Johor, manakala bapanya berasal dari Cheangmai, ThailandBUDAYATokoh
ABDUL RAHIM KAJAI (1894–1943)

Abdul Rahim Kajai (1894-1943) ialah tokoh

sasterawan dan ‘Bapa Kewartawanan Melayu

Moden’. Dia merupakan tokoh wartawan yang ingin

memajukan nasib orang Melayu melalui penanya

iaitu dari tahun 1930 hingga tahun 1943. Di dalam

bidang sastera, dia juga dianggap sebagai ‘Bapa

Cerpenis Melayu’ yang produktif.

UMUM 
RAHIM RAZALI, DATO'

RAHIM RAZALI, Dato’ (1939-    ), pelakon dan pengarah teater, drama dan filem serta pengulas sukan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim bin Mohd. Razali. Dia lahir pada 3 Julai 1939 di Batu Gajah, Perak. Rahim mendapat pendidikan di Sekolah Anderson, Ipoh. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Universitiy Melbourne dalam bidang Chartered Accountancy selama lima tahun di bawah rancangan Colombo.

BUDAYATokoh
ABDUL RAHIM KAJAIABDUL RAHIM KAJAI (1894-1943), penulis dan bapa kewartawanan Melayu.SASTERAKonsep
ISNAWIY, ABD AL-RAHIM AL UMUM 
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998

Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi

yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan

Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan

berani bersaing dengan negara-negara maju dunia.

Ekspedisi yang dinamakan ‘Ekspedisi Terjun Bebas

Kutub Utara’ ini dilancarkan oleh Perdana Menteri

Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29

Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau

dikenali sebagai ‘Rahim King’.

UMUM 
PROSTAGLANDIN

Prostaglandin ialah nama sekumpulan sebatian

kimia yang penting. Ia terdapat di seluruh badan

manusia dan haiwan. Ia membantu mengatur

berbagai-bagai fungsi, seperti pengeluaran asid

perut, tekanan darah dan suhu badan, serta aktiviti

otot dalam organ seperti bronkus, usus, rahim dan

lain-lain organ badan. Prostaglandin juga

memainkan peranan utama dalam pembiakan. Ahli

sains telah mengenal pasti lebih daripada 20

prostaglandin, yang kesemuanya adalah asid lemak

versi yang telah diubahsuai.

UMUM 
TUK SYEKH BUKIT BAYASTUK SYEKH BUKIT BAYAS ( ?  -1864), ulama.  Nama sebenarnya ialah Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim.  Dia juga dikenal dengan panggilan Syekh Abdul Kadir Bukit Bayas.  Tuk Syekh Bukit Bayas berasal dari Patani.  Dia berhijrah ke Terengganu bersama-sama rombongan Tuk Syekh Qadhi yang mengundurkan diri dari Patani berikutan serangan Siam yang menakluki kerajaan Islam Patani pada tahun 1832.  Tuk Syekh Bukit Bayas adalah saudara Tuk Syekh Qadhi.  Dia juga adalah keturunan daripada Faqih Ali Malbari, putera Raja Bugis yang mengembara menuntut ilmu sampai ke Malabar, India.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas