Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rah.ma.tul.lah]/[raḥ.ma.tul.lah] | رحمة الله

Definisi : Ar; kembali (pulang) ke ~ me-ning­­gal dunia, mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rah.ma.tul.lah]/[raḥ.ma.tul.lah] | رحمة الله

Definisi : rahmat Allah: pulang ke ~ meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rahmatullah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TAKZIAH ATAS KEMATIAN/KEMBALI KE RAHMATULLAHTAKZIAH ATAS KEMATIAN TAKZIAH ATAS KEMBALI KE RAHMATULLAHTatabahasa25.10.2010
Penggunaan istilah Ibunda, adakah hanya untuk disandarkan kepada sesuatu perkara seperti bahasa ibunda? atau ia boleh digunakan untuk membawa maksud orang, seperti Ibunda (nama sekian) telah kembali ke rahmatullah pada (sekian-sekian).Ibunda boleh digunakan untuk manusia yang bermaksud bonda atau ibu.Makna02.08.2017
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada guru kita sudah kembali ke alam yang kekal abadi.” Kita biasa menggunakan ayat ini. Namun ada pihak mengatakan ayat ini tidak tepat. Mohon penjelasan.Ungkapan yang biasa digunakan ialah "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas guru kita yang telah kembali ke rahmatullah."Lain-lain22.12.2009
Boleh saya tahu latarbelakang tokoh DBP Tun Dr. Tun Syed Nasir?Tun Syed Nasir lahir di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan menerima pendidikan awal di sekolah Inggeris kerajaan di Batu Pahat. Beliau dilantik menjadi Pegawai Pelajaran Melayu Persekutuan pada Februari 1956 dan kemudiannya menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957, menggantikan tempat Prof. Ungku Aziz. Antara jasa beliau adalah menerajui DBP dalam pertemuan penyamaan ejaan Malaya - Indonesia dan pengasas Bulan Bahasa Kebangsaan. Atas jasa sebagai pejuang bahasa kebangsaan beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktpr Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jun 1978. Beliau kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 1982Lain-lain12.04.2007

Kembali ke atas