Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka (memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia; memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu men­ceritakan sesuatu rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat ~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit: perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland; (per)hubungan ~ (per)hu­bungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak di­ketahui orang; ~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~ jabatan Id rahsia bkn urus­an pejabat; berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang; berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku; merahsiakan tidak memperlihatkan (mem­beri­tahukan), menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya? kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~; perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu; perahsia suka berahsia: anak muda itu pen­diam dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1 sesuatu yg hanya diketahui oleh beberapa orang yg tertentu saja (tidak diketahui oleh orang ramai): mencari ~. 2 sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: pintu ~; surat ~. 3 secara tidak diketahui orang; secara diam-diam: Mereka telah mengadakan rundingan ~ di luar negara. berahsia 1 mempunyai rahsia; menaruh rahsia: bilik ~. 2 menyimpan rahsia: Aku tidak pernah ~ dgnmu. 3 mengatakan sesuatu rahsia kpd: Tak usahlah kamu ~ kpdnya kerana dia tidak dpt dipercayai. merahsiakan tidak diberitahukan; menyimpan atau menyembunyikan sesuatu sbg rahsia: Mereka masih ~ hasil rundingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rahsia (adjektif)
1. Bersinonim dengan sulit: asrar, sir, makhfi, tersembunyi, tersorok,

2. Bersinonim dengan senyap-senyap: diam-diam, gelap, haram,

Kata Terbitan : merahsiakan,

Puisi
 

Kain ini kain sutera,
     Kalau mandi tolong sidaikan;
Rahsia ini kita berdua,
     Orang lain dibilang jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Berlindung di balik telunjuk.

Bermaksud :

Rahsia yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
secret2. constructed so as to escape detection, rahsia: a ~ passage, laluan rahsia; a ~ door, pintu rahsia; 3. done, undertaken, conducted etc in secret, sulit, rahsia: a ~ meeting, pertemuan sulit; ~ negotiations, rundingan sulit; they voted by ~ ballot, mereka mengundi secara rahsia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
secret4. revealed only to the initiated, rahsia: he claimed he knew their ~ password, dia mendakwa dia tahu kata laluan rahsia mereka; a ~ code, kod rahsia; 5. (of place) secluded, tersembunyi, terlindung: a ~ valley, lembah yg tersembunyi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
confidencebetray a ~, pecah amanah; in ~, secara rahsia: I told him in ~, saya memberitahunya secara rahsia; a motion of no ~, usul tdk percaya; take so. into o’s ~, menceritakan rahsia sso kpd sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
top-secretadj rahsia /penting, besar/: ~ information, maklumat rahsia penting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blabvt membocorkan (rahsia): she ~bed my secret to everyone, dia membocorkan rahsia saya kpd setiap orang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
secrecy with ~, dgn rahsia: the job was done with great ~, pekerjaan itu dilakukan dgn penuh rahsia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
secretthe ~ of longevity, rahsia panjang umur; the recipe is a trade ~, resipi itu merupakan rahsia perdagangan; /closely-kept, closely-guarded/ ~, benar-benar dirahsiakan: his whereabouts is a closely-kept ~, tempat di mana dia berada benar-benar dirahsiakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hush-hushadj (colloq) rahsia: a ~ overseas assignment, tugas khas yg rahsia di luar negeri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deep-laidadj dirancangkan secara rahsia dan rapi: a ~ plot, komplot yg dirancangkan secara rahsia dan rapi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
open secretn bukan rahsia lagi: it is an ~ that he will be contesting the post, bukan rahsia lagi bahawa dia akan bertanding utk jawatan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas