Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka (memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia; memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu men­ceritakan sesuatu rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat ~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit: perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland; (per)hubungan ~ (per)hu­bungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak di­ketahui orang; ~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~ jabatan Id rahsia bkn urus­an pejabat; berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang; berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku; merahsiakan tidak memperlihatkan (mem­beri­tahukan), menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya? kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~; perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu; perahsia suka berahsia: anak muda itu pen­diam dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1 sesuatu yg hanya diketahui oleh beberapa orang yg tertentu saja (tidak diketahui oleh orang ramai): mencari ~. 2 sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: pintu ~; surat ~. 3 secara tidak diketahui orang; secara diam-diam: Mereka telah mengadakan rundingan ~ di luar negara. berahsia 1 mempunyai rahsia; menaruh rahsia: bilik ~. 2 menyimpan rahsia: Aku tidak pernah ~ dgnmu. 3 mengatakan sesuatu rahsia kpd: Tak usahlah kamu ~ kpdnya kerana dia tidak dpt dipercayai. merahsiakan tidak diberitahukan; menyimpan atau menyembunyikan sesuatu sbg rahsia: Mereka masih ~ hasil rundingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rahsia (adjektif)
1. Bersinonim dengan sulit: asrar, sir, makhfi, tersembunyi, tersorok,

2. Bersinonim dengan senyap-senyap: diam-diam, gelap, haram,

Kata Terbitan : merahsiakan,

Puisi
 

Kain ini kain sutera,
     Kalau mandi tolong sidaikan;
Rahsia ini kita berdua,
     Orang lain dibilang jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Berlindung di balik telunjuk.

Bermaksud :

Rahsia yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cryptographykriptografiSejarahTiada1. Tulisan rahsia yang menggunakan simbol rahsia,2. Ilmu atau amalan menyediakan utusan rahsia yang hanya diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja.
intelligence serviceperkhidmatan risikanSains PolitikHubungan AntarabangsaPerkhidmatan yang dilaksanakan untuk mengumpul maklumat rahsia. Kegiatan pengumpulan rahsia ini biasanya dilakukan bagi pihak negara tertentu. Contohnya, di Britain terdapat dua organisasi yang menyediakan perkhidmatan risikan, iaitu Perkhidmatan Risikan Rahsia (MI6) yang beroperasi di luar negara dan Perkhidmatan Risikan (MI5) yang beroperasi di dalam negara Britain. Keduadua perkhidmatan ini terlibat dalam aktiviti pengumpulan maklumat bagi tujuan perisikan dan juga menentang serta membalas aktiviti perkhidmatan perisikan yang lain. Di Amerika Syarikat pula, Biro Penyiasatan Federal (FBI) ialah ejen perisikan domestik, manakala Agensi Perisikan Pusat (CIA) ialah ejen perisikan yang mempunyai kegiatan yang melibatkan perisikan luar negara.
cryptographykriptografiKesusasteraanTiadaTulisan rahsia yang menggunakan simbol rahsia
cryptographykriptografiPerpustakaanTiada1. Tulisan rahsia yang menggunakan simbol rahsia
one-time pad encryptionpenyulitan pad sekaliTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan senarai rawak kekunci rahsia penyulitan. Setiap kekunci rahsia tersebut hanya digunakan sekali sahaja. Kaedah ini dianggap paling sempurna. Contohnya, sifer Vernam.
documentary secretrahsia berdokumenSejarahTiadaSesuatu dokumen yang bertulis dan mengandungi rahsia.
ballotundi rahsiaUndang-undangTiadaSuatu cara pengundi atau pemilih menunjukkan secara rahsia kehendak atau pilihannya supaya boleh direkodkan sebagai menyokong seseorang calon tertentu.
secret-key cryptosystemkriptosistem kekunci rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerBentuk algoritma penyulitan yang bergantung kepada kekunci tunggal (kekunci rahsia) yang sama sebagai komponen pengabur dalam penyulitan dan penyahsulitan.
MossadPolis Rahsia IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan perisikan Israel yang mempunyai kakitangan antara 1500 hingga 2000 orang. Badan ini bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat, aktiviti rahsia dan melakukan serangan balas terhadap keganasan. Perisikannya adalah tertumpu kepada negara dan organisasi Arab di serata dunia. Selain itu, ejen badan perisikan ini juga aktif di negara komunis dan blok barat. Badan ini bertanggungjawab dalam pemindahan sulit pelarian Yahudi keluar dari Syria, Iran dan Ethiopia. Salah seorang pengintip Mossad yang terkenal, iaitu Eli Cohen berjaya menembusi kerajaan Syria dan telah menghantar maklumat perisikan ke Israel selama dua tahun sebelum beliau digantung sampai mati di Dataran Damsyik. Pada tahun 1960, Mossad menculik penjenayah perang Nazi, Adolph Eichmann dari Argentina. Pada tahun 1988, pasukan pembunuh badan ini menawan rumah kediaman dan membunuh Abu Jihad, timbalan Yasser Arafat yang dianggap sebagai perancang utama dalam operasi PLO menentang Israel. Sinonim Mossad
secret key algorithmalgoritma kekunci rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma penyulitan yang menggunakan kekunci yang sama untuk penyulitan dan penyahsulitan data. Contoh algoritma kekunci rahsia ialah piawaian penyulitan dan (DES), DES ganda tiga (3DES), dan algoritma Rijndael. Sinonim algoritma penyulitan simetri.
12345678910...

Kembali ke atas