Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rai.fal] | راءيفل

Definisi : sj senapang berlaras panjang yg bahagian dalamnya mempunyai alur berpilin supaya pelurunya berpusing apabila ditembakkan; ~ angin raifal yg menembakkan peluru dgn tekanan udara, senapang angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rai.fal] | راءيفل

Definisi : senapang yg lubang larasnya beralur berpusing-pusing. ~ angin raifal yg menembakkan peluru dgn tekanan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raifal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAIFAL UMUM 
SNIPERSKOP

Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat

digunakan untuk membidik raifal dengan tepat

pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta

sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945)

untuk membolehkan pasukan tentera berjuang

dengan lebih berkesan pada waktu malam.

Sniperskop telah diganti dengan starlight skop

yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat

pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan

tentera dan polis bukan sahaja menggunakan

starlight skop untuk menembak pada waktu

malam, malah semasa meronda di tempat yang

gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada

senjata yang lebih besar seperti meriam dan

pelancar misil serta juga senapang.

UMUM 
SENAPANG LANTAK

Senapang lantak ialah senjata api yang

digunakan oleh askar infantri sebelum wujudnya

raifal yang sempurna. Nama ini pertama kali

digunakan di Itali pada tahun 1500-an untuk

memerikan pistol yang berat. Ia mungkin berasal

daripada perkataan Itali moschetto yang bermakna

anak helang atau daripada nama pereka Itali,

Moshetta dari Feltro. Sesetengah orang percaya

bahawa senapang lantak berasal dari Muscovy,

iaitu nama awal Rusia.

UMUM 
PISTOL

Pistol ialah senjata api yang dikendalikan dengan

sebelah tangan. Jenis senapang yang lain seperti

raifal dan mesingan, memerlukan penggunaan

kedua-dua belah tangan, tripod (kaki tiga) atau

penopang tembakan.

UMUM 
SENJATA API

Senjata api ialah sebarang senjata yang

menggunakan serbuk letupan untuk

menembakkan peluru atau kelongsong.

Umumnya, istilah ini digunakan untuk senjata api

ringan seperti raifal, senapang patah, dan pistol.

Ia biasanya dikenali sebagai senjata api ringan .

Senjata api yang lebih berat biasanya dirujuk

kepada artileri .

UMUM 

Kembali ke atas