Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya mempunyai 3 pertanyaan seperti yang berikut: i. Majils Raja-raja atau Majlis Raja-Raja? ii. Raja-Raja Melayu atau Raja-raja Melayu? iii. Apakah perbezaan antara pelaksanaan dan perlaksanaan? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan khas. Perlaksanaan ialah hasil daripada melaksanakan, manakala pelaksanaan ialah proses melaksanakan. Lazimnya kita menggunakan perkataan pelaksanaan kerana menceritakan proses atau perihal melaksanakan.Ejaan31.05.2012
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya mahu bertanya ayat berikut manakah yang betul? i. Perasaan simpati [akan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. ii. Perasaan simpati [dengan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iii. Perasaan simpati [terhadap] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iv. Perasaan simpati [kepada] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. Saya agak kurang pasti dengan penggunaan perkataan di dalam [ ]. Mohon beri pencerahan. Terima kasih.Kata sendi nama "akan" digunakan untuk merujuk manusia, dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat perasaan. Contoh ayat "Kami gemar akan buah durian". 

Kata sendi "dengan" digunakan untuk:
a) membawa maksud bersama-sama atau berserta
    contoh ayat: "Saya senang sekali dengan kehadiran kamu."
b) membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan
    contoh ayat:"Mulakan makanmu dengan bacaan doa."
c) membawa maksud memakai atau menggunakan sesuatu alat
    contoh ayat: "Lalang sedang ditebas dengan sabit."
d) menyatakan perbandingan yang serupa atau sama 
    contoh ayat: "Samakah mutu emas tulen dengan emas suasa."

Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Contoh ayat: "Raja itu adil terhadap rakyat negerinya."

"Kepada" ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut: 
a) menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia 
contoh ayat: "Pemberian buku teks percuma kepada semua murid."
b) menyatakan pecahan 
contoh ayat: "Peserta kursus dibahagikan kepada tiga kumpulan."
c) menyatakan perubahan keadaan 
contoh ayat: "Ingatannya masih kepada peristiwa yang silam."

Diharap penerangan di atas dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang dikemukakan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut,  saudara juga boleh merujuk "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa25.05.2022
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009

Kembali ke atas