Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : putera mahkota, tengku mahkota, pe­mangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bakal raja; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : anak raja bakal pengganti raja; tengku mahkota. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,

Puisi
 

Anak muda Raja Sulaiman,
     Duduk di tingkap bermain angin;
Tuan rindu pandang laman,
     Itu tempat kita bermain.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DUKE

Duke ialah gelaran yang digunakan di Eropah.

Kata ini berasal daripada perkataan Latin dux (ketua),

dan ia merupakan pangkat di bawah raja muda

atau prince.

UMUM 
RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL

RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL (? – 1765), Yang Dipertuan Besar Siak. Baginda adalah putera Raja Kecil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan isteri anak Dipati Batu Kucing, Rawas, Sumatera. Baginda dilantik oleh ayahandanya sebagai Raja Muda Siak. Raja Alam berkahwin dengan Daeng Khatijah, anak Daeng Parani.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJARTUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? – ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka.  Nama asalnya ialah Raden Bagus.  Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka.  Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama.  Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun  Perpatih Peramuka Berjajar.  Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ISKANDAR ZULKARNAINSULTAN ISKANDAR ZULKARNAIN (   ?  -1765), Sultan Perak yang ke-15 (1752-1765). Baginda adalah putera Raja Muda, Raja Muhammad. Pada tahun 1745, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III (1728-1752), Raja Muhammad dan Raja Iskandar bersekutu dengan pihak Bugis dari Selangor dan menguasai hilir Perak. Sungguhpun Raja Muhammad menjadi sultan, kuasa sebenar terletak di tangan Raja Iskandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD

RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD (1850-1913), pentadbir dan Raja Muda Selangor. Dia diberi nama sedemikian kerana dilahirkan di laut berhampiran Lukut. Sejak dari kecil lagi Raja Laut dipelihara oleh Raja Jumaat yang beristerikan Raja Senai, kakanda Raja Laut. Raja Jumaat adalah ketua daerah Lukut. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Raja Laut sepatutnya berpeluang menaiki takhta tetapi Raja Abdul Samad, sepupunya, telah dilantik. Raja Laut berkahwin dengan Raja Daeng Cahaya yang mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Jumaat dan mendapat seorang putera, Raja Alang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUNSYI SULAIMAN MD. NOR MUNSYI SULAIMAN MD. NOR   (1870-1928), tokoh bahasa dan persaratan Melayu. Dia lahir di Siak, Sumatera, Indonesia. Keluarganya telah berhijrah ke Melaka kerana berlaku perselisihan faham di kalangan keluarga Raja Muda Hashim, pembesar Siak. Keluarganya memilih Melaka kerana hubungan politik yang telah wujud antara kedua-duanya pada abad ke-16.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA ABDULLAH

RAJA ABDULLAH (? – 1858), Yamtuan Muda Johor yang kesembilan (1857-1858). Dia juga dikenal sebagai Engku Haji Muda. Raja Abdullah adalah putera Yamtuan Muda  Raja Jaafar dengan Raja Lebar binti Yamtuan Muda Raja Ali. Dia menggantikan Yamtuan Muda Raja Ali yang mangkat pada tahun 1857.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEKOLAH MELAYU PRINCES' ROAD

SEKOLAH MELAYU PRINCES’ ROAD, antara sekolah Melayu lelaki yang tetua di Selangor. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1938 dalam kawasan lebih kurang 3 hektar di Princes’ Road (kini Jalan Raja Muda Abdul Aziz) Kuala Lumpur. Sekolah ini mula dibuka pada 15 Mei 1939 dan guru besar pertamanya ialah Encik Abdul Manan Dato’ Betuah.  Kini, sekolah ini mempunyai empat blok termasuk kantin dan lapan unit rumah kediaman guru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SULTAN ABDULLAHSULTAN ABDULLAH (? - ?), Sultan Perak yang ke-26 (1874 – 1877).  Baginda adalah putera Sultan Jaafar Muazzam Syah (1857 – 1865).  Baginda dilantik sebagai Raja Muda pada tahun 1865 selepas kemangkatan ayahandanyaSEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA ALI

RAJA ALI (1810-1857), Yamtuan Muda Johor yang kelapan (1845-1857). Raja Ali adalah putera Yamtuan Muda Raja Jaafar dengan Raja Lebar binti Yamtuan Muda Raja Ali. Dia dilantik sebagai Yamtuan Muda Johor pada tahun 1845 menggantikan saudaranya, Yamtuan Muda Raja Abdul Rahman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1234567

Kembali ke atas