Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jah] | راجه

Definisi : 1. tulisan (gambaran, suratan, tanda-tanda, dll) yg dibuat sbg azimat (ubat peng­halau hantu dll); 2. garis-garis pd tapak tangan, suratan tangan; 3. coreng-coreng pd tubuh yg dibuat dgn barang tajam dll, cacahan; 4. gambar dgn garis-garis, bagan; merajah 1. membuat rajah (dgn kapur dll) sbg mengubat orang sakit dll; 2. mencoreng (badan), mencacah; 3. sl merodok, menusuk dgn tombak (lembing dll): dirajahnya dgn tombaknya; merajahkan membuat rajah sesuatu, melukis sesuatu dgn rajah: rajahkan sebuah bilik rehat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jah] | راجه

Definisi : ; ~ bangun sj tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calcynum); ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, Cassiafistula; b) sj tumbuhan (herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh, Dracaena congesta; c) sj tumbuhan (pokok renek), Dracaena porteri (congesta). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jah] | راجه

Definisi : 3 menikam dgn benda-benda tajam (spt tombak). merajahkan melukis sesuatu dlm bentuk rajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.jah] | راجه

Definisi : 1 tulisan atau gambaran yg di­gunakan sbg azimat. 2 garis-garis pd tapak tangan. 3 coreng(-coreng) pd tubuh yg dibuat dgn benda tajam; cacah. 4 gambar dgn garis(-garis) utk me­nerangkan sesuatu. merajah 1 membuat rajah utk mengubati orang sakit. 2 mencoreng tubuh; mencacah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajah (kata nama)
Bersinonim dengan gambar, gambar rajah, graf, ilustrasi, lukisan, bagan, lakaran, pelan;,
Kata Terbitan : merajah, merajahkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAJAH UMUM 
GAMBAR RAJAH FASALakaran rajah yang menunjukkan keadaan fizikal atau fasa sesuatu bahan. Sebagai contoh, bagi H2O, fasa cecairnya ialah air dan fasa pepejalnya ialah ais. Secara am, dalam industri petroleum, gambar rajah fasa diperoleh daripada kajian PVT (tekanan-isipadu-suhu)....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
GAMBAR RAJAH BEBAS

Gambar rajah bebas, lakaran atau lukisan yang biasanya berbentuk garisan-garisan anak panah lurus.

FIZIKAlat/Alatan
OKTAHEDRON

Oktahedron ialah sebarang rajah pepejal dengan

lapan muka. Ia adalah sejenis polihedron (rajah

pepejal dengan pelbagai muka). Muka oktahedron

tidak semestinya berbentuk sama. Sesetengahnya

mungkin segitiga dan terdapat jenis poligon yang lain.

Pelbagai jenis oktahedron yang dikenali sebagai

oktahedron sekata ialah polihedron cembung

dengan kelapan-lapan mukanya bersamaan pada

sebarang segitiga sama sisi.

UMUM 
TEKA SILANG KATA

Teka silang kata ialah permainan kata yang

popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah

segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau

klu bernombor biasanya dicetak berhampiran

dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk

menjawab klu dengan kata yang bersilang

melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain

menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat

sama yang kosong pada nombor yang sepadan

dengan nombor klu.

UMUM 
GAMBAR RAJAH VENN

Gambar rajah Venn, ilustrasi yang digunakan dalam bidang matematik sebagai salah satu cara penyampaian dan penyelesaian set. Ia diperkenalkan oleh John Venn, ahli matematik dan falsafah Inggeris.

MATEMATIKKonsep
OKTAGON

Oktagon ialah rajah satah bersisi lapan. Ia

merupakan sejenis poligon. Bahagian sisi

oktagon bertemu di titik yang dikenali

sebagai puncak membentuk lapan sudut dalam.

Jumlah sudut dalam sesuatu oktagon sentiasa

membentuk 1080 ° C. Sejenis oktagon yang dikenali

sebagai oktagon sekata mempunyai sisi dan sudut

yang sama. Luas oktagon sekata bersamaan separuh

hasil perimeter dan apothem , jarak dari tengah-tengah

poligon sekata hingga titik tengah salah satu sisinya.

UMUM 
POLIGON

Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh

segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah

panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut

yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon,

manakala titik pertemuan semua sisinya ialah

verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai

tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi

empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon;

tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon;

sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh

sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua

belas sisi, dodekagon.

UMUM 
SFEROID

Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera

tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah

sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan

Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari

Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah

sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya

melebihi ukuran lebarnya.

UMUM 
SFERA

Sfera ialah rajah padu berbentuk bola atau glob.

Istilah sfera berasal daripada perkataan Yunani

sphaira, bermakna bola. Dalam geometri, ahli

matematik mendefinisikan sfera sebagai satu set

titik di ruang udara pada jarak tetap dari satu titik

tetap yang dikenali sebagai pusat . Ini bermakna

bahawa sfera ialah bongkah yang dibatasi oleh satu

permukaan. Permukaan ini tidak mempunyai sudut

atau sempadan, dan setiap titik di permukaan

mempunyai jarak yang sama dari pusat.

UMUM 
123

Kembali ke atas