Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rajah (kata nama)
Bersinonim dengan gambar, gambar rajah, graf, ilustrasi, lukisan, bagan, lakaran, pelan;,
Kata Terbitan : merajah, merajahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
involuteinvolutMekanikGunaanLengkung laluan bagi sebarang titik pada seutas benang apabila benang itu ditarik dan dilepaskan daripada belitannya pada suatu lengkung dasar dalam keadaan tegang pada setiap masa [Rajah II]. Involut, yang dihasilkan daripada lengkung dasar berbentuk bulatan, digunakan sebagai bentuk susuk gigi gear yang lazim. RAJAH II (Rujuk Mss. 73)
estimated ceilingsiling teranggarMeteorologiMeteorologi PerhubunganSiling yang ketinggiannya ditentukan dengan salah satu cara yang berikut: i. dengan menggunakan gambar rajah ketinggian awan olakan atau rumus takat embun. ii. berdasarkan ketinggian mercu tanda atau objek yang jaraknya melebihi satu setengah batu nautikal dari landasan lapangan terbang. iii. berdasarkan pengalaman dengan syarat langit tidak dikaburi oleh hidrometeor dan litometeor apabila panduan-panduan lain didapati tidak mencukupi atau tidak sesuai, dan iv. dengan menggunakan silometer atau lampu sorot apabila penembusan alur cahaya melebihi normal untuk ketinggian dan jenis lapisan tertentu, atau apabila sudut dongakan atau pengimbas-pengesan silometer melebihi 84 darjah.
orthogonal projectionunjuran ortogonMatematikTiadaTitik-titik persilangan suatu satah dengan normal-normal satah itu yang melalui tata rajah atau objek. Contoh: (i) katalah AB suatu tembereng garis di sebelah atas satah S. Jika P dan Q ialah titik pada satah S supaya AP dan BQ normal kepada satah S, unjuran ortogon bagi AB kepada satah S ialah tembereng garis PQ. Setiap titik pada PQ merupakan persilangan antara satah S dengan normal kepada satah S yang melalui satu titik pada AB. RUJUK RAJAH M.S. 155 (ii) pelan sesuatu objek di atas satah mengufuk merupakan unjuran ortogon bagi objek itu kepada satah mengufuk. Lihat juga unjuran.
commutatorpenukar tertib/komutatorFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanBahagian motor arus terus jana kuasa yang mempunyai dua fungsi: i. Apabila bergabung dengan berus akan bertindak sebagai penyambung elektrik antara lilitan angker yang berputar dengan terminal-terminal pegun. ii. Bertindak untuk membalikkan arus lilitan angker. Gambar rajah m/s 76

Kembali ke atas