Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jin] | راجين

Definisi : 1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun: dia ~ belajar; dia ~ bekerja utk menambah pendapatan keluarga; 2. kerap kali, selalu (berbuat se­suatu, melakukan sesuatu): ia ~ ke masjid; tak ~ Kl, bp tidak pernah; rajin-rajin dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh; merajinkan; ~ diri berusaha benar-benar, mengusahakan diri; kerajinan 1. perihal rajin, kegiatan, kete­kun­an: guru hendaklah mendatangkan ke­cenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (me­ng­-hasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai me-majukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerja­kan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusaha­an) dgn tangan (bukan dgn mesin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jin] | راجين

Definisi : 1 suka bekerja (belajar dll); giat; tekun: Ia ~ belajar. 2 selalu berbuat sesuatu; kerap kali melakukan sesuatu: Ia ~ pergi ke masjid. kerajinan hal atau sifat rajin; ketekunan: Kerana ~ belajar, mereka lulus dgn mendapat markah yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajin
1. Bersinonim dengan tekun
( bersungguh-sungguh, tekun, getol, beria-ria, gigih, giat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan malas

2. Bersinonim dengan selalu
( sentiasa, kerap, kerap kali, acap kali, sering, sering kali, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : merajinkan, kerajinan,

Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Murid di sekolah itu rajin-rajin belaka. 2) Kehidupan Encik Chong amat sederhana. 3) Para pekerja di Mesra Rasa Restoran rajin belaka. 4) Barang keperluan harian yang dijual di kedai itu agak mahal sekali. Pilih ayat-ayat yang betul.Ayat yang betul ialah ayat pertama, kedua dan keempat.Tatabahasa19.08.2013
salam. pengunaan "menasihatkan" dan "menasihati" sering keliru. Dalam kamus dewan tidak dinyatakan contoh yang jelas. contoh: Ayah menasihatkan @ menasihati adik supaya belajar rajin-rajin? t.kasihPerbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Harap maklum.Tatabahasa30.09.2009
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai-pandai belaka. b. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka. c. Anak Puan Liza rajin-rajin belaka.Ayat yang gramatis, Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka.
Tatabahasa02.07.2016
Saya tahu bahawa kata penguat boleh hadir serentak sebelum dan selepas kata adjektif seperti 'amat pandai sekali'. Bagaimana pula dengan gabungan yang lain seperti di bawah? Yang manakah boleh diterima; yang manakah tidak? Dan mengapa? (a) Kata penguat bebas + Kata adjektif + Kata penguat belakang: (i) amat rajin sekali; sangat rajin benar; sungguh rajin nian (b) Kata penguat hadapan + Kata adjektif + Kata penguat bebas: (i) paling rajin sangat; agak rajin amat; terlalu rajin sungguh (c) Kata penguat hadapan + Kata adjektif + Kata penguat belakang: (i) paling rajin benar; terlalu rajin sekali; agak rajin nianUntuk makluman saudara, penggunaan yang dibenarkan ialah:
i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama
ii. ter + kata adjektif
iii. paling + kata adjektif
iv. kata adjektif + sekali
v. ter + (amat/sangat) + kata adjektif
vi. (amat/sangat/sungguh) + kata adjektif + sekali
Penggunaan kata penguat dan darjah penghabisan selain daripada di atas adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 244 dan 259.
Tatabahasa06.05.2012
saya tidak berapa jelas penggunaan ayat ini *di kalangan @ dalam kalangan *sifat rajin @ sikap rajin Apakah penanda wacana?Di ialah kata sendi yang menunjukkan tempat/arah sedangkan kalangan bermaksud lingkungan (bukan tempat/arah), antara dua frasa ini yang paling tepat ialah dalam kalangan. Yang betul ialah sifat rajin kerana sifat ialah keadaan yang dipunyai oleh orang. Penggunaan ungkapan tertentu yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan tersendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku dan inilah dinamai penanda wacana. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.Tatabahasa23.02.2009
Selamat petang, boleh tanya perkataan rajin dan berusaha boleh ditulis sebagai "rajin berusaha' atau perlu pisahkannya menjadi "rajin dan berusaha". Adakah maksud rajin berusaha membawa maksud berusaha dengan bersungguh-sungguh ? Terima kasih.
Merujuk Kamus Dewan, rajin membawa dua makna (1)  bersungguh-sungguh, tekun dan (2) kerap kali, selalu, manakala berusaha pula bermaksud beriktiar dengan sedaya upaya upaya.   Oleh sebab itu, frasa (i) rajin dan berusaha membawa ‘bersungguh-sungguh dan beriktiar dengan sedaya upaya’, manakala frasa (ii) rajin berusaha pula bermaksud ‘selalu/ kerap kali  beriktiar dengan sedaya upaya’.
Tatabahasa21.03.2017
1)Ai Ling belajar dengan rajin. 2)Ai Ling rajin belajar. 3)Pekerja memetik daun teh dengan rajin. Adakah ayat-ayat ini betul?Ayat-ayat tersebut betul, cuma kurang cantik.  Antara ayat 1 dangan ayat 2, ayat 2 lebih gramatis, tetapi ini tidak bermakna ayat 1 salah.Lain-lain21.08.2014
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujurAntara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my .Lain-lain01.10.2006
Ali rajin membaca buku atau Ali membaca buku dengan rajin? dalam situasi bagaimana kata adjektif boleh diletakkan di hadapan kata kerja? tqKedua-dua ayat ini betul. Ali rajin membaca buku, pola ayat FN + FA. Ali membaca buku dengan rajin, pola ayat FN + FK dan kata adjektif sebagai keterangan dalam frasa kerja.Tatabahasa31.08.2015
a) Ali rajin membaca buku. b) Ali membaca buku dengan rajin. c) Ali malas membaca buku. d) Ali membaca buku dengan malas. e) Ali membaca buku dengan kuat. mohon pandangan tuan, ayat yang mana mematuhi hukum tatabahasa.

Ayat: Ali rajin membaca buku; Ali malas membaca buku; dan Ali membaca buku dengan kuat adalah betul. Ayat pertama dan kedua adalah betul kerana rajin dan malas itu adalah sifat kepada pelaku (Ali); manakala ayat ketiga menunjukkan cara perbuatan itu (membaca dengan kuat) dilakukan. Ayat: Ali membaca buku dengan rajin dan Ali membaca buku dengan malas adalah salah kerana rajin dan malas tidak boleh menjadi cara sesuatu itu (membaca) dilakukan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 280. 

 

Tatabahasa23.02.2011
12345678910...

Kembali ke atas