Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jin.ra.jin] | ٢ راجين

Definisi : dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rajin-rajin

Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Murid di sekolah itu rajin-rajin belaka. 2) Kehidupan Encik Chong amat sederhana. 3) Para pekerja di Mesra Rasa Restoran rajin belaka. 4) Barang keperluan harian yang dijual di kedai itu agak mahal sekali. Pilih ayat-ayat yang betul.Ayat yang betul ialah ayat pertama, kedua dan keempat.Tatabahasa19.08.2013
salam. pengunaan "menasihatkan" dan "menasihati" sering keliru. Dalam kamus dewan tidak dinyatakan contoh yang jelas. contoh: Ayah menasihatkan @ menasihati adik supaya belajar rajin-rajin? t.kasihPerbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Harap maklum.Tatabahasa30.09.2009
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai-pandai belaka. b. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka. c. Anak Puan Liza rajin-rajin belaka.Ayat yang gramatis, Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka.
Tatabahasa02.07.2016
Mohd Suhairi Ahmad Sep 4th, 10:46am Boleh tak cadangkan istilah-istilah matematik dengan betul. Contohnya isipadu atau isi padu yg betul?Terima kasih kepada Tuan Mohd Suhairi Ahmad. Jika dilihat pada bahan gambar yang diletakkan pada ruangan foto di dinding facebook, pasti tuan terjumpa panduan yang diberikan dari semasa ke semasa (disertakan gambar Lembar Bahasa). Rajin-rajin juga mengembara perkhidmatan yang disediakan DBP secara percuma pada url berikut http://prpm.dbp.gov.my Moga ia membantu. Terima kasih.Ejaan04.09.2014
Kedua-dua ayat di bawah dibina oleh anak saya: 1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. 2) Saya akan mengikut nasihat nenek. Guru sekolah telah menanda salah untuk kedua-dua ayat itu dan beri pembetulan seperti yang berikut. 1) Ali rajin membuat kerja rumah. 2) Saya akan mendengar nasihat nenek. Saya rasa ayat yang dibina oleh anak saya juga betul. Adakah ayat yang dibina oleh anak saya salah? Apakah kesalahan ayat-ayat itu?1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. - Ayat tersebut tidak tepat. Hal ini disebabkan dengan merupakan kata sendi nama. Perkataan dengan perlu diikuti dengan kata nama atau frasa nama. Dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan dengan diikuti dengan perkataan rajin. Rajin merupakan kata adjektif.

2) Saya akan mengikut nasihat nenek/ Saya akan mendengar nasihat nenek. - Jika mengikut makna dalam Kamus Dewan, ayat yang dibuat oleh anak puan tidak terdapat kesalahan, begitu juga dengan ayat yang diberikan oleh guru anak puan. Akan tetapi, kemungkinan para guru mempunyai skema jawapan tersendiri dalam penandaan soalan.
Tatabahasa08.10.2015
salam tuan, saya ingin tanya, adakah pihak DBP memerlukan pengisian kekosongan jawatan. Saya pelajar tahun akhir jabatan sejarah dan tamadun islam, Universiti Malaya yang akan bergraduasi pada bulan 10 tahun hadapan. Disebabkan pengajian saya tujuh semester, jadi sementara menunggu graduasi sepanjang kira-kira 9 bulan, saya sangat berminat untuk bekerja di DBP terutamanya dalam bidang penyelidikan. Saya amat meminati sejarah khususnya sejarah dan tamadun islam. Jadi saya sekadar ingin bertanya tentang apa2 kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran saya.Rajin-rajin lah melayari laman seswang DBP dan bacalah akhbar arus perdana untuk iklan jawatan kosong.Lain-lain18.12.2013
Saya tahu bahawa kata penguat boleh hadir serentak sebelum dan selepas kata adjektif seperti 'amat pandai sekali'. Bagaimana pula dengan gabungan yang lain seperti di bawah? Yang manakah boleh diterima; yang manakah tidak? Dan mengapa? (a) Kata penguat bebas + Kata adjektif + Kata penguat belakang: (i) amat rajin sekali; sangat rajin benar; sungguh rajin nian (b) Kata penguat hadapan + Kata adjektif + Kata penguat bebas: (i) paling rajin sangat; agak rajin amat; terlalu rajin sungguh (c) Kata penguat hadapan + Kata adjektif + Kata penguat belakang: (i) paling rajin benar; terlalu rajin sekali; agak rajin nianUntuk makluman saudara, penggunaan yang dibenarkan ialah:
i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama
ii. ter + kata adjektif
iii. paling + kata adjektif
iv. kata adjektif + sekali
v. ter + (amat/sangat) + kata adjektif
vi. (amat/sangat/sungguh) + kata adjektif + sekali
Penggunaan kata penguat dan darjah penghabisan selain daripada di atas adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 244 dan 259.
Tatabahasa06.05.2012
saya tidak berapa jelas penggunaan ayat ini *di kalangan @ dalam kalangan *sifat rajin @ sikap rajin Apakah penanda wacana?Di ialah kata sendi yang menunjukkan tempat/arah sedangkan kalangan bermaksud lingkungan (bukan tempat/arah), antara dua frasa ini yang paling tepat ialah dalam kalangan. Yang betul ialah sifat rajin kerana sifat ialah keadaan yang dipunyai oleh orang. Penggunaan ungkapan tertentu yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan tersendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku dan inilah dinamai penanda wacana. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.Tatabahasa23.02.2009
Selamat petang, boleh tanya perkataan rajin dan berusaha boleh ditulis sebagai "rajin berusaha' atau perlu pisahkannya menjadi "rajin dan berusaha". Adakah maksud rajin berusaha membawa maksud berusaha dengan bersungguh-sungguh ? Terima kasih.
Merujuk Kamus Dewan, rajin membawa dua makna (1)  bersungguh-sungguh, tekun dan (2) kerap kali, selalu, manakala berusaha pula bermaksud beriktiar dengan sedaya upaya upaya.   Oleh sebab itu, frasa (i) rajin dan berusaha membawa ‘bersungguh-sungguh dan beriktiar dengan sedaya upaya’, manakala frasa (ii) rajin berusaha pula bermaksud ‘selalu/ kerap kali  beriktiar dengan sedaya upaya’.
Tatabahasa21.03.2017
1)Ai Ling belajar dengan rajin. 2)Ai Ling rajin belajar. 3)Pekerja memetik daun teh dengan rajin. Adakah ayat-ayat ini betul?Ayat-ayat tersebut betul, cuma kurang cantik.  Antara ayat 1 dangan ayat 2, ayat 2 lebih gramatis, tetapi ini tidak bermakna ayat 1 salah.Lain-lain21.08.2014
12345678910...

Kembali ke atas