Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra/] | رق

Definisi : 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra/] | رق

Definisi : sj para-para drpd kayu atau logam utk meletakkan pinggan mangkuk, buku, dll; ~ buku para atau tempat meletakkan buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra/] | رق

Definisi : Kl semak-samun (tipis). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra/] | رق

Definisi : 2 almari tempat menyimpan buku dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra/] | رق

Definisi : 1 para-para tempat meletakkan pinggan mangkuk, alat-alat dapur dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rak
Rujuk :para


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERPUSTAKAAN BERGERAK

Perpustakaan bergerak ialah kenderaan

bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak

yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan

lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang

memberi pinjaman buku kepada masyarakat

tempatan. Perpustakaan awam lazimnya

menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu

cara untuk meluaskan perkhidmatannya.

UMUM 
SKAGERRAK

Skagerrak ialah sebuah cabang Laut Utara.

Skagerrak membahagikan Norway dan Sweden

di utara dan memisahkan kedua-dua negara ini

daripada Denmark di selatan. Nama ini sering kali

dieja sebagai Skager-Rak atau Skagerrack.

Skagerrak ialah lebih kurang 209 kilometer

panjang. Cabang ini penting kerana

menyambungkan Laut Utara dengan Kattegat. Dua

selat terbentuk di pintu masuk Laut Baltik. Di

sepanjang pantai Jutland, tidak terdapat pelabuhan

yang sesuai untuk kapal berlabuh kerana pantai ini

dipenuhi tebing pasir yang berbahaya. Tetapi di

sepanjang Norway, 130 kilometer jauhnya dari situ,

terdapat banyak pelabuhan yang baik. Untuk lokasi,

lihat Eropah (peta).

UMUM 

Kembali ke atas