Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rak
Rujuk :para


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat1: Hana menyusun buku di rak dengan kemas. Ayat 2: Hana menyusun buku di atas rak dengan kemas. Ayat 1 dan 2 mana betul?Penggunaan di dalam rak atau di atas rak bergantung pada bentuk visual rak tersebut. Jika rak buku seperti almari yang terbuka, maka penggunaan yang betul ialah Hana menyusun buku di dalam rak dengan kemas dan jika bentuk rak tersebut seperti para-para, penggunaan yang betul ialah Hana menyusun buku di atas rak dengan kemas.Tatabahasa08.04.2013
Salam sejahtera, 1. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak. 2. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak buku. 3. Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku 4. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi meja supaya kemas. 5. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas. Ayat yang mana gramatis ? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah ayat ketiga iaitu  "Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku" dan ayat kelima iaitu  "Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas."Tatabahasa20.05.2013
Slama sejahtera. mohon penerangan untuk penggunaan kata sendi bagi ayat di bawah. 1. Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut / pada rak kasut? Terima kasih.Jawapan yang betul "Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut".Lain-lain01.11.2018
Ayat yang manakah betul? 1. Abu memilih buku di rak buku yang disukainya 2. Abu memilih buku yang disukainya di rak buku.Kedua-dua ayat adalah betul dan maknanya berbeza. Dalam ayat pertama, benda yang disukai ialah rak buku, manakala dalam ayat kedua, benda yang disukai ialah buku.Tatabahasa09.05.2012
Salam sejahtera. 1. Dia mengeluarkan sayur itu dari / daripada peti sejuk. 2. Raju mengambil buku cerita dari / daripada rak itu. Terima kasih & selamat Hari Raya Aidilfitri.1. Dia mengeluarkan sayur itu daripada peti sejuk.
2. Raju mengambil buku cerita daripada rak itu.
Tatabahasa16.08.2012
Kata hubung: Perbezaan antara kemudian dan lalu. Soalan:encik lim membuka pintu _____masuk ke dalam pejabatnya. Sayuran itu direndam dengan air garam ______dibasuh bersh-bersih. Dia mengasingkan buku itu ________disusun di atas rak. Nani mengambil buku latihannya ______disusun di atas rak buku. Minta tunjuk ajar,tqTidak ada rujukan yang khusus dalam pangkalan data kami tentang perbezaan antara kedua-dua kata hubung tersebut. Kata kemudian dan lalu digunakan bagi menghubungkan dua perkara yang berlaku berturut-turut, tetapi tidak ditemukan batas panggunaan atau pengkhususan bagi kedua-duanya. Melihat kepada aspek makna, kemudia bermaksud selepas sesuatu waktu dan lalu bermaksud  yang sudah lepas. Berdasarkan aspek makna, kedua-dua kata hubung tersebut  bertukar ganti dalam banyak keadaan. 
1. Encik lim membuka pintu kemudian/lalu masuk ke dalam pejabatnya.
2. Sayuran itu direndam dengan air garam kemudian/lalu dibasuh bersh-bersih.
3. Dia mengasingkan buku itu kemudian/lalu menyusunnya di atas rak.
4. Nani mengambil buku latihannya kemudian/lalu menyusunnya di atas rak buku.
Tatabahasa09.04.2014
1.______senyap semasa beratur di padang. 2.______letakkan kasut di atas rak. 3.______simpan bola ke dalam bilik sukan. Apakah jawapan bagi ketiga-tiga soalan ini?Jawapan pilihan adalah "Sila" dan "Tolong". Adakah jawapan bagi soalan yang pertama,"Sila"dan "Tolong" pun boleh diterima?? Sila jelaskan penggunaan "sila" dan "tolong". Terima kasih.Kata tolong, sila dan harap tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan setiap kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan perkataan sila yang digunakan. 

Sila (silalah), jemput (jemputlah) dan satu lagi sudi (sudilah) sama sahaja maksudnya iaitu minta dengan hormat.   Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Tatabahasa17.07.2013
1.______senyap semasa beratur di padang. 2.______letakkan kasut di atas rak. 3.______simpan bola ke dalam bilik sukan. Apakah jawapan bagi ketiga-tiga soalan ini?Jawapan pilihan adalah "Sila" dan "Tolong". Adakah jawapan bagi soalan yang pertama,"Sila"dan "Tolong" pun boleh diterima?? Sila jelaskan penggunaan "sila" dan "tolong". Terima kasih.Kata tolong, sila dan harap tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan setiap kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan perkataan sila yang digunakan.Tatabahasa16.07.2013
1. Saya makan makanan di atas meja. 2. Ali menyusun buku di atas rak. betulkah ayat-ayat tersebut?Dari segi susunan ayat, kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa15.04.2014
selamat sejahtera tuan / puan, 1. Pustakawan menyusun buku-buku cerita di rak. 2. Haikal mengelap tingkap di kelas. kedua-dua ayat ini tidak diletakkan kata arah atas (ayat 1) dan dalam / luar kelas (ayat 2). Bolehkah ayat-ayat ini masih betul? Jika salah, harap dapat penjelasan daripada pihak tuan / puan. terima kasihya, ayat tersebut boleh diguna pakai.Makna31.10.2018
12

Kembali ke atas