Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : para atau tempat meletakkan buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rak
Rujuk :para


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak. 2. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak buku. 3. Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku 4. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi meja supaya kemas. 5. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas. Ayat yang mana gramatis ? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah ayat ketiga iaitu  "Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku" dan ayat kelima iaitu  "Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas."Tatabahasa20.05.2013
Ayat yang manakah betul? 1. Abu memilih buku di rak buku yang disukainya 2. Abu memilih buku yang disukainya di rak buku.Kedua-dua ayat adalah betul dan maknanya berbeza. Dalam ayat pertama, benda yang disukai ialah rak buku, manakala dalam ayat kedua, benda yang disukai ialah buku.Tatabahasa09.05.2012
saya ching chu tuoa dari tumpat kelantan selamat sejahtera, perkataan kata nama rak maksudnya tempat atau alat untuk menyimpan buku persoalannya di dalam rak atau di atas buku-buku diletakkan. terima kasihPenggunaan di dalam rak atau di atas rak bergantung pada bentuk visual rak tersebut. Jika rak buku seperti almari yang terbuka, maka penggunaan yang betul ialah buku disimpan di dalam rak dan jika bentuk rak tersebut seperti para-para, penggunaan yang betul ialah pinggan diletakkan di atas rak.Tatabahasa31.07.2012
Salam sejahtera. Ayat1: Hana menyusun buku di rak dengan kemas. Ayat 2: Hana menyusun buku di atas rak dengan kemas. Ayat 1 dan 2 mana betul?Penggunaan di dalam rak atau di atas rak bergantung pada bentuk visual rak tersebut. Jika rak buku seperti almari yang terbuka, maka penggunaan yang betul ialah Hana menyusun buku di dalam rak dengan kemas dan jika bentuk rak tersebut seperti para-para, penggunaan yang betul ialah Hana menyusun buku di atas rak dengan kemas.Tatabahasa08.04.2013
Kata hubung: Perbezaan antara kemudian dan lalu. Soalan:encik lim membuka pintu _____masuk ke dalam pejabatnya. Sayuran itu direndam dengan air garam ______dibasuh bersh-bersih. Dia mengasingkan buku itu ________disusun di atas rak. Nani mengambil buku latihannya ______disusun di atas rak buku. Minta tunjuk ajar,tqTidak ada rujukan yang khusus dalam pangkalan data kami tentang perbezaan antara kedua-dua kata hubung tersebut. Kata kemudian dan lalu digunakan bagi menghubungkan dua perkara yang berlaku berturut-turut, tetapi tidak ditemukan batas panggunaan atau pengkhususan bagi kedua-duanya. Melihat kepada aspek makna, kemudia bermaksud selepas sesuatu waktu dan lalu bermaksud  yang sudah lepas. Berdasarkan aspek makna, kedua-dua kata hubung tersebut  bertukar ganti dalam banyak keadaan. 
1. Encik lim membuka pintu kemudian/lalu masuk ke dalam pejabatnya.
2. Sayuran itu direndam dengan air garam kemudian/lalu dibasuh bersh-bersih.
3. Dia mengasingkan buku itu kemudian/lalu menyusunnya di atas rak.
4. Nani mengambil buku latihannya kemudian/lalu menyusunnya di atas rak buku.
Tatabahasa09.04.2014
Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pihak tuan seperti yang berikut: 1. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan men.....,imbuhan berapitan men.....kan dan men.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 2. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan di.....,imbuhan berapitan di.....kan dan di.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 3. Manakah penggunaan kata arah yang betul? a.)Di dalam bilik tidur atau di bilik tidur b.)Di dalam rumah atau di rumah? c.)Menyusun buku di atas rak buku atau menyusun buku pada rak buku? 4. Apakah perbezaan maksud di antara kata arah (sisi,tepi,samping dan sebelah?Saya berasa tidak pasti dan waswas dengan penggunaan kata arah yang disebutkan dalam pembentukan ayat? 5. Apakah perbezaan maksud di antara merampas,merenggut,meragut? Sekian sahaja dengan penamatan persoalan saya dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas bantuan tuan untuk menyelesaikan kemusykilan saua.

1. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contohnya "menyala". Apitan  meN-...-kan terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya "menghambakan". Apitan meN-...i terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas boleh menerima apitan ini untuk membentuk kata kerja, contoh "membelakangi". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 151, 191, dan 202.

2. Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga, contohnya "ditulis". Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan.Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Seperti di-...-kan, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "dipelopori". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 175, 202 dan 208.

3. Kedua-dua (a) dan (b) boleh digunakan mengikut konteks. Kata sendi nama di  digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala di dalam ialah penggunaan kata sendi nama di diikuti dengan kata arah dalam bagi menunjukkan kedudukan sesuatu benda itu dengan nyata.

4. Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk meunjukkan hala atau jurusan.  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 286.

5. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, "merampas" ialah mengambil dengan kekerasan atau merebut. "Merenggut" bermaksud menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dengan kekerasan atau merampas. "Meragut" bermaksud menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan.

Tatabahasa05.01.2010
As-salam, Saya dari Perpustakaan Negara Malaysia ingin mohon penjelasan penggunaan perkataan dan istilah yang digunakan untuk tempat penyimpanan buku rak tertutup yang sebelum ini kami namakan 'Bilik Stek'. Timbul persoalan di sini adakah istilah 'Bilik Stek' itu boleh diguna pakai untuk dilekatkan sebagai papan tanda, istilah 'Bilik Stek' tersebut adalah terjemahan dari perkataan Inggeris 'Stack Room' yang digunakan oleh perpustakaan luar negara. Mohd Izani Che Jaafar Pusat Rujukan Malaysiana Dan Luar NegaraUntuk makluman, tidak terdapat istilah "stek" dalam bahasa Melayu. Dalam istilah bidang Perpustakaan, padanan bahasa Melayu untuk "stack" ialah rak atau rak simpanan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "stack room" ialah bilik rak atau bilik rak simpanan.Istilah03.09.2015
selamat sejahtera tuan / puan, 1. Pustakawan menyusun buku-buku cerita di rak. 2. Haikal mengelap tingkap di kelas. kedua-dua ayat ini tidak diletakkan kata arah atas (ayat 1) dan dalam / luar kelas (ayat 2). Bolehkah ayat-ayat ini masih betul? Jika salah, harap dapat penjelasan daripada pihak tuan / puan. terima kasihya, ayat tersebut boleh diguna pakai.Makna31.10.2018
Salam sejahtera. 1. Dia mengeluarkan sayur itu dari / daripada peti sejuk. 2. Raju mengambil buku cerita dari / daripada rak itu. Terima kasih & selamat Hari Raya Aidilfitri.1. Dia mengeluarkan sayur itu daripada peti sejuk.
2. Raju mengambil buku cerita daripada rak itu.
Tatabahasa16.08.2012
1. Saya makan makanan di atas meja. 2. Ali menyusun buku di atas rak. betulkah ayat-ayat tersebut?Dari segi susunan ayat, kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa15.04.2014
12

Kembali ke atas