Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ka.man] | راقمن

Definisi : sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ka.man] | راقمن

Definisi : apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Live room' ialah istilah yang digunakan pagi para pemuzik merakamkan lagi mereka dalam sesebuah bilik dalam studio rakaman. Adakah terdapat padanan istilah yang khusus dalam bahasa Melayu?Tidak ada maklumat tentang live room dalam pangkalan data kami. Bagaimanapun berdasarkan konsep yang diberi, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "Bilik Rakaman Langsung" atau "Bilik Rakaman".Penyemakan dan penterjemahan18.05.2016
Saya ingin bertanya tentang penggunaan yang betul antara "teruskan rakaman" atau "terus merakam" atau "meneruskan rakaman" untuk ayat ini: Ketik butang hijau untuk "teruskan merakam" dalam mesej suara yang sama. Adakah ayat ini betul? Atau apakah ayat yang sepatutnya jika salah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Ketik butang hijau untuk terus merakam" yang membawa maksud merakam sesuatu secara berterusan, atau "Ketik butang hijau untuk teruskan merakam" yang membawa maksud menyambung merakam setelah terhenti.Tatabahasa03.12.2021
"Saya wartawan dari Syarikat Rakaman TV10 dan ini jurukamera kami." Dalam penggunaan ayat di atas, kata sendi manakah yang paling tepat? "dari" atau "daripada"Jika Syarikat Rakaman TV10 dianggap sebagai tempat, kata sendi yang seduai ialah "dari"Tatabahasa29.03.2017
Salam sejahtera. Saya ingin meminta kepastian sama ada terjemahan saya "Rakaman CCTV" boleh digunakan bagi "CCTV Footages"? Terima kasih.Betul, padanan bahasa Melayu untuk “CCTV footages” ialah rakaman CCTV. Makna29.07.2023
Backmasking ialah teknik rakaman di mana mesej dirakam ke belakang pada trek yang dimaksudkan untuk dimainkan ke hadapan. Backmasking adalah proses yang disengajakan, manakala mesej yang ditemui melalui pembalikan fonetik mungkin tidak disengajakan. Jadi apa istilah sesuai untuk "Backmasking"?Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

backmasking - bunyi balikan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain17.02.2022
Bagaimanakah ejaan sebenar perkataan "resensi" (buku), yang boleh dengan lebih jelas menunjukkan cara sebutannya? 1) résénsi atau 2) resénsi Jika boleh, mohon sertakan juga rakaman audio cara sebutannya.
Sebutan bagi resensi ialah (résénsi), iaitu kedua-dua huruf e dalam perkataan tersebut merupakan e taling. Buat masa ini kami tidak mempunyai rakaman audio tentang cara sebutan sesuatu perkataan. 
Ejaan27.05.2022
Apakah terjemahan "Mastering" dalam Bahasa Melayu? Mastering= Proses pasca rakaman audio.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mastering ialah pemurnian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.09.2023
Adakah penulisan lirik lagu untuk lampiran kertas cakera padat atau kaset rakaman album perlu disemak dan diluluskan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka sebelum dikeluarkan secara rasmi? Jika ya, apakah caranya atau bentuk dokumen yang diperlukan? Terima Kasih.Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat. Oleh itu, lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat.Lain-lain13.04.2012
Atiey Ibrahim Aug 28th, 11:15pm Slm maaf bertanya, adakah dbp menyimpan rakaman pementasan festival komsas & pertandingan forum remaja dalam bentuk DVD? kalau ada boleh dijadikan BBM untuk KOMSAS pelajar SPM.. terima kasihSila hantarkan permohonan rasmi anda kepada Ketua Bahagian Multimedia DBP, Aras 12, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain29.08.2014
Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang sebutan suku kata yang betul mengikut silibus terkini. Saya ada melampirkan rakaman suara untuk rujukan pihak tuan/puan. Contoh : b/a ba t/u tu = batu (dalam sebutan ejaan) b~ a~ ba t~ u~ tu = batu (dalam sebutan 'phonetics'/ sebutan suku kata terbaru) Seandainya tidak menjadi keberatan, sila sertakan sekali contoh dan keterangan bagi pertanyaan saya ini. Sekian, terima kasih.Dalam sistem ejaan bahasa Melayu, sebutan adalah sepertimana yang dieja, contohnya perkataan batu, dieja b.a - ba + t.u - tu, maka disebut batu. Untuk makluman tuan sistem sebutan atau dalam istilahnya disebut fonetik diajar khusus dalam bidang linguistik, manakala pada peringkat asas pembelajaran bahasa Melayu lazimnya pelajar diajar menyebut sepertimana ejaan.Tatabahasa05.06.2013
1234

Kembali ke atas