Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ka.man] | راقمن

Definisi : sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ka.man] | راقمن

Definisi : apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAKAMAN SUARA UMUM 
PERAKAM PITA

Perakam pita ialah alat untuk merakamkan

bunyi, gambar dan pelbagai jenis maklumat pada

pita magnet. Ia juga boleh memainkan semula

rakaman pita. Perakam pita digunakan dengan

meluas oleh industri rakaman dan dalam siaran

radio dan televisyen. Berjuta-juta orang gemar

mendengar muzik dari perakam pita di rumah dan

dalam kereta mereka. Rakaman pita dari buku yang

dikenali sebagai buku bercakap, dibuat khas untuk

orang buta. Perakam pita juga boleh digunakan

untuk merakamkan data dari komputer,

perencanaan, bacaan dari alat saintifik dan isyarat

yang mengaktifkan kelengkapan berautomasi.

UMUM 
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 
SMITH, BESSIE

Smith, Bessie (1894–1937) menjadi salah

seorang daripada penyanyi blues yang terbaik

dalam sejarah muzik jaz. Satu siri rakaman yang

dibuatnya dari tahun 1923 hingga tahun 1933,

adalah antara yang terbaik dalam jaz. Smith

menggunakan kekuatan dan keindahan suaranya

untuk lagu yang mudah. Louis Armstrong, Fletcher

Henderson, Joe Smith, dan James P. Johnson

adalah antara ahli muzik jaz yang bermain untuk

rakaman piring hitamnya.

UMUM 
KARSH, YOUSUF

Karsh, Yousuf (1908–2002), jurufoto Kanada

yang terkenal kerana rakaman potret orang

penting pada peringkat antarabangsa dalam

bidang politik, sastera dan seni.

UMUM 
SEISMOGRAF

Seismograf ialah alat yang menguatkan dan

merakamkan pergerakan kecil bumi. Daripada

rakaman ini, ahli sains yang dikenali sebagai ahli

seismologi boleh menentukan lokasi dan keamatan

gempa bumi. Ahli sains juga menggunakan

seismograf untuk mencari minyak, mengkaji

bahagian dalam bumi, dan mengukur ketebalan

glasier.

UMUM 
PERPUSTAKAAN

Perpustakaan . Perpustakaan merupakan suatu

bahagian yang amat penting dalam sistem

pendidikan di dunia dan dalam proses menyimpan

dan mendapat kembali maklumat. Perpustakaan

menyediakan pengetahuan yang telah dikumpulkan

dari zaman ke zaman melalui buku, filem, rakaman,

dan media lain. Manusia dari semua lapisan

masyarakat, termasuk pelajar, guru, eksekutif

perniagaan, pegawai kerajaan, para sarjana, dan ahli

sains, menggunakan sumber yang ada di

perpustakaan untuk kerja mereka. Sebilangan besar

daripada orang awam turut mengunjungi

perpustakaan untuk memenuhi keperluan menimba

ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan bahan

bagi kegiatan masa lapang mereka. Di samping itu,

ramai orang menikmati perbincangan buku,

pertunjukan filem, kuliah, dan kegiatan lain yang

diaturkan oleh perpustakaan tempatan mereka.

UMUM 
NASHVILLE

Nashville (pend. 510 784; pend. kaw. met. 985 026)

ialah ibu negeri dan bandar kedua terbesar di

Tennessee, Amerika Syarikat. Nashville biasa

dikenali sebagai Athens Selatan disebabkan ia

mempunyai banyak institusi pendidikan dan

bangunan gaya Yunani klasik. Nashville juga

dikenali sebagai Bandar Muzik, Amerika Syarikat

disebabkan ia menjadi pusat muzik rakyat. Lebih

daripada 180 buah syarikat rakaman, 23 buah

studio rakaman, dan lebih kurang 450 syarikat yang

menerbitkan lagu beroperasi di bandar ini.

UMUM 
ALAT MAIN PIRING HITAM

Alat main piring hitam ialah peranti yang

mengeluarkan semula bunyi yang telah dirakamkan

pada piring hitam. Alat main piring hitam juga

dikenali sebagai gramofon atau peti nyanyi . Alat ini

digunakan secara meluas bagi memainkan muzik

rakaman untuk didengar dan ditarikan. Di samping

muzik, orang ramai turut mendengar piring hitam

untuk persembahan drama, pembacaan puisi, dan

ucapan. Kebanyakan stesen radio menggunakan

alat main piring hitam bermutu tinggi untuk

memainkan piring hitam bagi siaran menerusi

gelombang udara.

UMUM 
LIBRARY OF CONGRESS

Library of Congress, di Washington D.C.,

ialah salah sebuah perpustakaan penyelidikan

yang terbesar dan paling bernilai di dunia. Library

of Congress mempunyai lebih kurang 84 juta

bahan dalam koleksinya, termasuk lebih daripada

20 juta buah buku dan risalah, dan berjuta-juta

carta, ukiran, manuskrip, peta, filem, gubahan

muzik, gambar foto, dan rakaman. Perpustakaan

ini memiliki koleksi incunabula (buku yang dicetak

sebelum tahun 1501) yang terbesar di Hemisfera

Barat. Koleksi ini mempunyai lebih kurang 5600

buah buku, termasuk satu naskhah Kitab Bible

Gutenberg yang amat sempurna, iaitu sebuah buku

penting yang pertama dicetak di dunia Barat.

UMUM 
12

Kembali ke atas