Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ka.man] | راقمن

Definisi : sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ka.man] | راقمن

Definisi : apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
control datadata kawalanKejuruteraanTiada1. Rakaman-rakaman dalam amalan kad tertebuk yang mengandungi kunci atau maklumat yang bererti untuk pengelompokan dan penjujukan rakaman.,2. Maklumat yang digunakan untuk operasi sesuatu lazim , sama ada dengan memilihnya atau mengubah suainya.,3. Data yang mengawal tindakan sesuatu peranti.
pattern recognitionpengecaman pola; pengecaman corakKejuruteraanTiada2. Pemeriksaan rakaman-rakaman oleh komputer bagi mencari gabungan-gabungan unsur kod tertentu.
observer paradoxparadoks pemerhatiSosiolinguistikTiadaPerihal keadaan informan apabila tidak dapat memberikan maklumat bahasa secara bersahaja akibat rakaman. Rakaman ini seolah-olah sebagai gangguan dan informan akan bercakap dengan lebih berhati-hati.
master recordingrakaman indukKomunikasiTiadaRakaman asal sesuatu rancangan radio atau televisyen. Rakaman ini akan dibuat beberapa salinan lain sebagai bahan salinan. Lihat juga: naskhah induk.
recordingrakamanKejuruteraanTiada1. Proses membuat rakaman bagi isyarat yang diterima.,2. Cakera, pita atau filem tempat rakaman bunyi disimpan.
far-field recordingrakaman medan jauhSains KesihatanTiadaRakaman yang dilakukan di tempat yang berjauhan atau berlainan dari sasaran yang hendak diuji. Contohnya, rakaman tentang aktiviti elektrik dilakukan berhampiran dengan tetingkap bulat.
location producerpenerbit lokasiKomunikasiTiadaOrang yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti rakaman di lokasi rakaman.
data chainingperantaian dataKejuruteraanTiada1. Kaedah menstor faktor-faktor tertentu supaya sesuatu rakaman terstor mempunyai alamat rakaman terstor yang berikutnya dalam senarai.
floor assistantpembantu studioKomunikasiTiadaPetugas yang bertanggungjawab membantu pengurus studio melancarkan kerja-kerja rakaman di dalam studio rakaman atau penggambaran.
mobile control roombilik kawalan bergerakKomunikasiTiadaBilik yang dilengkapi dengan peralatan rakaman yang mudah alih yang digunakan ketika membuat rakaman di luar studio. Biasanya, peralatan rakaman ini diletakkan di dalam kenderaan bagi memudahkan penggambaran.
12345678910...

Kembali ke atas