Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra/.sa.sa] | رقساس

Definisi : 1. sj makhluk spt manusia yg sangat besar dan tinggi badannya (dlm cerita-cerita), bota, gergasi; 2. ki tersangat besar, besar sekali; ke­kuatan ~ kekuatan yg besar sekali; kemajuan ~ kemajuan yg tersangat besar; rancangan ~ rancangan yg besar sekali; rapat ~ rapat umum yg besar (biasanya di tanah lapang); raksasa-raksasaan banyak raksasa, secara besar-besaran: kini tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yg maha besar ber­hadap­an satu dgn lain; keraksasaan (Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuh­an yg berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah); 2. pertumbuhan yg berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra/.sa.sa] | رقساس

Definisi : 1 makhluk yg dipercayai serupa manusia tetapi jauh lebih besar dan lebih tinggi badannya; gergasi; bota. 2 sangat besar; besar sekali: kemajuan ~; rapat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raksasa
1. Bersinonim dengan gergasi
( bota, danawa, Rahu, badang, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan tersangat besar
( besar sekali, sedang, agam, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kenit.



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAKSASA LOCH NESS UMUM 
TAMBAK RAKSASA

Tambak Raksasa merupakan pembentukan

palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara

Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya

daripada legenda lama bahawa tambak tersebut

dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai

Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland

ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn

MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland,

menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba.

Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam

basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat

antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya

sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu

antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji

bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil

daripada pengecutan aliran lahar.

Lihat juga Basalt.

UMUM 
CACING TANAH RAKSASA GIPPSLAND UMUM 
ARIADNE

Ariadne dalam mitologi Yunani ialah anak

perempuan Minos, raja Crete. Dia jatuh cinta

dengan wira Yunani Theseus ketika wira ini pergi

ke Crete untuk membunuh raksasa yang dikenali

sebagai Minotaur. Raksasa ini tinggal di rangkaian

laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai

Labyrinth. Ariadne memberikan sebuku benang

kepada Theseus apabila Theseus memasuki

Labyrinth supaya dia dapat meninggalkan kesan

dan kemudian mencari jalan keluar. Theseus

membunuh Minotaur dan melarikan diri dari Crete

bersama-sama Ariadne tetapi meninggalkannya di

Pulau Naxos. Dewa Dionysus menemui Ariadne di

sana dan mengahwininya.

UMUM 
ARGUS

Argus ialah raksasa besar dalam mitologi Yunani. Ia

mempunyai 100 biji mata dan dikenali sebagai

Panoptes, yang bermakna melihat segalanya. Dewi

Hera menugaskan Argus menjaga pesaing yang

dibencinya, Puteri Io yang cantik, yang juga

perempuan simpanan suaminya, Zeus. Atas alasan

ini, perkataan argus kadangkala digunakan untuk

menerangkan penjaga yang sentiasa berjaga-jaga.

UMUM 
MIRA

Mira ialah bintang merah raksasa. Ia salah satu

bintang yang berubah-ubah kecerahannya yang

mula-mula ditemui. Pada tahun 1596, ahli astronomi

Jerman, David Fabricius mendapati bahawa bintang

tersebut berubah-ubah dalam masa beberapa bulan,

iaitu daripada malap kepada cerah. Disebabkan

penemuan ini, ahli astronomi menamakannya mira

iaitu daripada perkataan Latin yang bermaksud

menakjubkan . Semasa keadaannya yang paling cerah,

kecerahan mira adalah 100 kali ganda daripada

keadaannya yang paling malap.

UMUM 
MINOTAUR

Minotaur, dalam mitos Yunani ialah raksasa yang

berkepalakan lembu jantan dan berbadankan

manusia. Ia merupakan anak lembu jantan dan

Pasiphae, isteri Raja Minos dari Crete. Minos

mengurung Minotaur di dalam Labirin, iaitu

bangunan seperti pagar sesat yang tiada siapa pun

dapat melepaskan diri. Minos mengorbankan tujuh

orang pemuda dan tujuh orang gadis Athens

kepada Minotaur setiap tahun. Theseus dari Athens

akhirnya membunuh Minotaur, dan melarikan diri

dari Labirin dengan menggunakan benang yang

diberikan kepadanya oleh anak perempuan Minos,

Ariadne.

UMUM 
KILAT

Kilat ialah percikan elektrik yang raksasa di langit.

Kebanyakan kilat yang kita nampak berlaku di

antara awan dengan bumi. Tetapi kilat juga berlaku

di dalam awan, di antara awan dengan udara

dan di antara dua awan. Apabila kilat berlaku di

atmosfera, tenaga elektriknya berserakan di udara.

Tenaga ini boleh merosakkan kapal terbang yang

terbang melaluinya, tetapi ia tidak menyebabkan

bahaya di bumi. Tetapi kilat yang menyambar bumi

boleh membunuh manusia atau menyebabkan

kebakaran.

UMUM 
PANDA

Panda ialah nama dua jenis haiwan Asia. Kedua-

duanya agak tidak serupa dengan satu sama lain.

Panda raksasa ialah haiwan yang besar dan

berwarna hitam-putih. Panda Merah yang juga

dikenali sebagai panda kecil berwarna perang

kemerahan dan lebih kecil. Kedua-duanya hidup

dalam hutan buluh di cerun tinggi gunung di barat

dan di barat daya China. Panda merah juga tinggal di

Nepal, utara India, dan utara Burma. Panda raksasa

ialah haiwan nadir dan dilindungi oleh undang-

undang di China. Tabung Antarabangsa bagi Alam

Semula Jadi (dahulunya Tabung Hidupan Liar

Dunia), sebuah pertubuhan antarabangsa bagi

perlindungan hidupan liar telah menerima pakai

panda raksasa sebagai simbolnya.

UMUM 
BURUNG GAJAH

Burung gajah ialah mana-mana satu daripada

kira-kira tujuh spesies burung raksasa yang telah

pupus yang pernah hidup di Pulau Madagascar.

Burung ini tidak boleh terbang. Burung gajah

yang terbesar tingginya kira-kira tiga meter dan

beratnya kira-kira 450 kilogram.

UMUM 
123

Kembali ke atas