Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra/.sa.sa] | رقساس

Definisi : 1. sj makhluk spt manusia yg sangat besar dan tinggi badannya (dlm cerita-cerita), bota, gergasi; 2. ki tersangat besar, besar sekali; ke­kuatan ~ kekuatan yg besar sekali; kemajuan ~ kemajuan yg tersangat besar; rancangan ~ rancangan yg besar sekali; rapat ~ rapat umum yg besar (biasanya di tanah lapang); raksasa-raksasaan banyak raksasa, secara besar-besaran: kini tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yg maha besar ber­hadap­an satu dgn lain; keraksasaan (Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuh­an yg berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah); 2. pertumbuhan yg berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra/.sa.sa] | رقساس

Definisi : 1 makhluk yg dipercayai serupa manusia tetapi jauh lebih besar dan lebih tinggi badannya; gergasi; bota. 2 sangat besar; besar sekali: kemajuan ~; rapat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raksasa
1. Bersinonim dengan gergasi
( bota, danawa, Rahu, badang, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan tersangat besar
( besar sekali, sedang, agam, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kenit.



Kamus Sains

Kamus Sains.indb
HID) g-factor (faktor g) Nisbah negatif momen magnet elektron atau atom dalam unit magneton Bohr terhadap momentum sudutnya dalam unit pemalar Planck dibahagi dengan 2π. (FIZ) giant star (bintang raksasa) Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz yang biasa seperti matahari. Saiz diameter matahari dianggarkan sebagai 1.4 × 10 9 m dan saiz diameter bintang raksasa ini adalah kira-kira sepuluh kali atau lebih. Bintang raksasa mempunyai kecahayaan yang lebih tinggi daripada matahari. Keca - hayaan ini bukan kerana saiz jisimnya tetapi kerana ketumpatannya. (FIZ) gill book

Kembali ke atas