Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rakyat;

Puisi
 

Rakyat datang menaiki lancang,
     Lancang hanyut ke Kuala Linggi;
Adik suka mengikut abang,
     Kalau tak abang siapa lagi?


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. 2. Penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. Perkataan "penerjunan" bermaksud hal atau perbuatan terjun, menerjuni atau menerjunkan. Dalam ayat (1), perkataan "penerjunan" bermaksud hal menerjuni. Jadi, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" lebih tepat? Pada pandangan saya, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" lebih betul kerana frasa ini bermakna "hal menerjuni Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau "hal terjun ke dalam Sungai Miluo oleh Chu Yuan". Jika dikatakan frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo", frasa ini bermaksud "hal menerjuni Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal terjun ke dalam Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo". Maksud frasa ini salah sepenuhnya. Frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" juga boleh bermaksud "hal menerjunkan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal membuat Chu Yuan terjun ke dalam Sungai Miluo". Chu Yuan sendiri yang terjun ke dalam Sungai Miluo, bukan ada orang yang mungkin menolaknya menyebabkannya terjun ke dalam Sungai Miluo (menerjunkan Chu Yuan).Kedua-dua ayat itu betul kerana penerjunan boleh bermaksud perbuatan (hal) terjun seperti dalam ayat pertama; menerjuni; atau menerjunkan seperti dalam ayat kedua. Ayat ini kedua ini diterima jika maksud yang hendak disampaikan ialah perbuatan menerjunkan Chu Yuan ke dalam sungai (betul berdasarkan konteks ayat).
 
Tatabahasa22.12.2014
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1. Semua rakyat Malaysia / Rakyat Malaysia? Oleh sebab rakyat ialah jamak, adakah rakyat Malaysia lebih tepat? 2. Baju-baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka. Adakah ayat ini betul? 3. Bas yang dinaiki Manad itu ______ ke dalam gaung. Adakah terjunam/ tersungkur/ terbabas susuai untuk tempat kosong ini? Terima kasih.
1. Rakyat Malaysia...
2. Baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka.
3. Jawapan yang tepat ialah terjunam.
Tatabahasa21.07.2021
wakil-wakil rakyat atau wakil rakyat-wakil rakyat

Saudara,

Frasa yang betul ialah wakil-wakil rakyat. Hanya perkataan pertama diulang.

Tatabahasa17.03.2010
PENGGUNAAN Semua Rakyat malaysia. Maksud rakyat jamak atau tunggal sebagai kata namaFrasa semua rakyat Malaysia boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan walaupun perkataan rakyat sudah menunjukkan unsur jamak.Tatabahasa02.03.2010
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011
Apakah maksud “rakyat terbanyak”?
Definisi "rakyat terbanyak" tiada dalam kamus terbitan DBP namun berdasarkan carian dalam Internet, frasa ini ada digunakan, contohnya:

mendapat dukungan dan sokongan rakyat terbanyak
Untuk Manfaat Rakyat Terbanyak
Membela Nasib Rakyat Terbanyak
prasarana asas sangat diperlukan rakyat terbanyak
Untuk Manfaat Rakyat Terbanyak

Berdasarkan penelitian awal, rakyat terbanyak membawa maksud kebanyakan rakyat atau majoriti rakyat. Walau bagaimanapun, kami akan membuat penelitian lanjut tentang makna frasa ini.
Makna17.01.2023
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009
SEMUA rakyat Malaysia atau rakyat Malaysia?

Kedua-duanya betul dan boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan walaupun perkataan rakyat sudah menunjukkan unsur jamak.  

Tatabahasa02.03.2010
'beribu-ribu orang rakyat' dengan 'beribu-ribu rakyat' antara dua tersebut yang manakah yang betul?Frasa yang baku ialah beribu-ribu rakyat.Tatabahasa07.05.2009
Assalamualaikum. Tuan, saya pernah diberitahu oleh penceramah kursus bahasa bahawa perkataan seperti 'warga', 'masyarakat' dan 'rakyat' sudah menunjukkan sekumpulan atau bermaksud ramai. Tetapi tanpa disedari masih ramai pengguna bahasa meletakkan perkataan 'semua' di hadapan perkataan 'warga', 'masyarakat' dan 'rakyat' apabila menulis atau bercakap. Contohnya, "Semua rakyat Malaysia mestilah mengutamakan kebersihan," atau "Semua warga Agensi Kelayakan Malaysia mestilah mematuhi peraturan." Jadi bagi menjelaskan penggunaan perkataan 'warga' secara tepat saya berharap pihak DBP dapat memberi panduan dan nasihat dalam hal ini. Terutama sekali memberi contoh-contoh ayat yang sesuai menggunakan perkataan 'warga'. Maklum balas pihak DBP amat diharapkan dan didahului dengan terima kasih.

Puan Norafizah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Puan mungkin terdapat sedikit kekeliruan tentang perkara ini. Memang betul perkataan warga, masyarakat dan rakyat telahpun membawa makna ramai atau banyak. Oleh yang demikian perkataan tersebut tidak boleh digandakan. Maksudnya semasa menulisnya ia tidak boleh ditulis begini... semua warga-warga Malaysia, semua rakyat-rakyat atau semua masyarakat-masyarakat.... terima kasih. 

Ejaan15.05.2009
12345678910...

Kembali ke atas