Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ram dan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya guru Tahun Satu. Bermasalah dalam membaca suku kata, harap ditolong. Contoh: rambutan dan makanan, kata dasar dieja bersama atau ikut bunyi baca?Bagi contoh rambutan dan makanan, kedua-duanya dieja bersama iaitu ram.bu.tan dan ma.ka.nanLain-lain25.03.2007
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan  mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini.Lain-lain28.06.2012
Saya ingin bertanya penulisan yang betul bagi perkataan Inggeris dalam ayat Bahasa Melayu. Adakah perlu diitalickan walaupun telah dikurungkan dalam ()? Cth: Boleh dipercayai (Reliable) Pendekatan Amalan baik (Best Practice Approach) RAM (Random Access Memory) Terma Rujukan (Term of Reference - TOR) Soalan kedua: Input / Output perlu diitalickan atau tidak sekiranya digunakan dalam ayat B.M? Bagaimana cara penulisan yang betul? Mohon nasihat daripada yang pakar. Terima kasih.Perkataan bahasa Inggeris tidak perlu diitalikkan sekiranya telah diletakkan tanda kurung. Penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang mesti diitalikkan adalah sekiranya dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau bahasa asing lain. Perkataan input dan output tidak perlu diitalikkan kerana telah diterima sebagai istilah yang rasmi dalam bahasa Melayu.Ejaan11.10.2012

Kembali ke atas